Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Syair Hikayat Jebat (Bersambung)

Barang tercanai budi pekerti,

luhur berbudi disimpan jati,

terkhabar indah jiwanya sakti,

Jebat pendekar raksa dihati.

 

Kental jiwa berselaput derita,

menjulang tinggi penglipur bercerita,

gong ditabuh mengiring genta,

mukadimah cerita pelengkap melata,

 

Khabarnya Tuah mati terfitnah,

Jebat memendam hingga bernanah,

tidakkan pasir disebut tanah,

hinggakan sabar jadi seranah,

 

Bergegar tiang istana seri,

Jebat menghunus hai taming sari,

anjing diraja bercicir lari,

karma dibunuh tanpalah peri,

 

Bergegar Melaka hingga ke China,

langkah Jebat diulit merana,

biar pendekar lain terlena,

tidakkan hatinya dipasang pelana.

 

Sultan berdendam berhati gila,

laksamana Jebat bermaharaja lela,

singgah sana raja tempat bersila,

wirawan tekad bersabung pula.

 

Habislah murka kesekalian rakyat,

pembesarnya tandu usungan mayat,

pendekar utusan hilangnya hayat,

datang bendahara membuka hikayat.

 

Tuah disorok di ulu Melaka,

tidaklah Tuah dibunuh diluka,

raja tersenyum menguncup murka,

laksamana tari silat terbuka.

 

Tempa Melaka berkemenyan berjampi,

Tuah berkobar tidak bertapi,

belanya Jebat menjadi sepi,

azam membunuh Jebat berapi.

 

Tuah terhidu wangian kasturi,

menghadap Jebat gagah berdiri,

gentar tidak roma terdiri,

bersaudara di hati jiwa kendiri.

 

 

 

Terkejutlah Jebat bukan kepalang,

melihat Tuah bermata helang,

namun Jebat jiwa gemilang,

janji dihati bukan petualang.

 

Jebat bahagia Tuah entah,

salam ditolak tanpa berpatah,

derhakanya Jebat hanya diratah,

diratah Tuah penjalan titah.

 

Ampaian kata pembuka bicara,

Tuah dijemput tiada tara,

kembang tarinya silat perwira,

Jebat sebentar membawa lara.

 

Isterinya dang wangi kasih cintanya,

harus ditinggal kerana prinsipnya,

adat laksamana ada cabarnya,

jauh dijemput dekat diturutnya.

 

Senyuman manis terukir diwajah,

Jebat menghulur serangkai hujah,

tiada terdaya mahu menujah,

kerna tuah saudara nyawa diserah.,

 

Sumbang terisi dek ketawa Tuah,

tidak disangka Jebat penyerah,

keris ditusuk memohon darah,

laksana petir tunggal di sore,

 

Gong silat mulai bertabuh,

tarian silat Hang Jebat berlabuh,

dipinggiran nyawa antara dua tubuh,

matinya nyawa tiadakan sembuh,

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Syair Pedagang Malang
Puisi selepas >>
Pantun Tuntutan Ilmu

Lain-lain karya Adika
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Syair Hikayat Jebat (Bersambung)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog