Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Cintailah Syaitan

Cinta itu indah

Cinta itu mulia

Cinta itu bahagia

Cinta itu sedih

Cinta itu pengorbanan

tetapi

Cinta itu tidak pernah buta.

 

Tipu!

Cinta itu buta.

Buta itu semestinya cinta.

Carilah garpu cucuklah mata,

cinta itu sememangnya terbukti segala.

 

Aku Islam kau Kristian di IC

Liberalisme menjadi saksi

Pluralisme menjadi paksi

betapa cinta kita bersemi

halal haram tolaklah tepi.

 

Si teruna memandang si dara sendat

perlahan rapat

makin rapat

rapat rapat

si tanduk dua tersenyum bertepuk tangan

lalu berbisik si teruna dengan tangan,badan makin menekan,melekat

betul sayang,

betul sayang,

I tak tipu

inilah tanda cinta,

yang I LOVE YOU.

 

Lalu si dara tergunting koyak,

boyot perut lahirkan anak

ayuh lekas!

mari bina rumah impian didalam tandas

sumbatkan kepala si kecil tanpa belas

satu,dua,tiga belas,

tempoh masa di tirai besi lantai keras,

betullah,cinta memang best,cinta memang class.

 

Bodohnya

tololnya kalian..

dimana agama

dimana Tuhan?

 

Kau yang bodoh!

Kau yang tolol!

Untuk cinta tidak perlu agama!

tidak perlu tuhan!

Akulah agama,akulah tuhan!

 

Alasan. Alasan.Penafian.

ini bukan perbahasan

jauh sekali kiasan

ini sebuah kenyataan

bahawa kau hanyalah tunggangan nafsu ciptaan syaitan!

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Pantun Tuntutan Ilmu
Puisi selepas >>
Menangis Di Hujung Senja

Lain-lain karya SI_BISU
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

4 Komen dalam karya Cintailah Syaitan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog