Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

Andai Aku Mati

Andai aku mati..

Gadis itu mula bicara.

 

Aku akan sedih.

Aku akan menangis.

Aku akan merintih.

 

Yang hidup, mati itu pasti..

Lagi Gadis itu bersuara.

Lemah.

 

Mati itu pasti.

Tetapi bukan mesti.

Jika kau pergi,

bagaimana harus aku terus berdiri?

 

Gadis itu tergamam.

Matanya lalu ditutup perlahan.

Kau..

cinta..

aku?

Serak gadis itu, berusaha.

 

Sepenuh hati.

 

Gadis itu tersenyum.

Matanya

Mataku

panas berkaca.

Kecamuk mesin hayat sesaat.

Si Gadis bernafas kian sekat. 

Perlahan,kutiupkan syahadah dengan hati yang berat.

Pergilah kasih,pergilah hati..
aku redha..

Tiba masa saat pun lalu terhenti.

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Walau Hanya Sekali
Puisi selepas >>
Aku Pergi...

Lain-lain karya SI_BISU
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Andai Aku Mati
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog