Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Patah Hati

#11 Telaga

Berdiri aku di puncak gunung gersang.

“Hukumlah aku langit.Kutuklah aku!”

Mengapa kau ciptakan siang buatku?
Tidak cukupkah kau keringkan telaga airmataku dengan bait-bait nista?
Setelah kau ciptakan permulaan bagi sebuah kesempurnaan,
Diantaranya, Mengapa kau selitkan seutas celaka?
Membiarkan aku menjerit pada terik panjang; mengelepar?

Tahukah engkau,
Telaga ini ingin aku semadikan bersama keindahan yang sedang aku cipta?
Ku tadah setiap bulir permata dari puluhan anak sungai jernih,
Lalu ku salurkan terus ke lembah ku ini.
Mengapa terlalu rakus kau hirup hingga kontang telagaku?

Telaga ini belahan jiwaku.
Aku bina satu-persatu;Perkarangan telaga ini dengan titis-titis harapan.
Lalu ku susun debunga wangi yang melingkar megah ditepian;Penuh warna-warni.

Mengapa kau ragut keindahan itu dariku?
Mengapa kau hirup kesemua madu pada setiap debunga yang melingkar?           
Tahukah kau,
semua debunga itu kian layu,
terus me-layu;bersama semilir angin sayu yang menghembus lalu?

-   Melenyapkan keindahan telaga impian ku. 

Aku kini tidak lagi kuat.
Aku kini tidak lagi hebat.
Kaki ini tidak lagi mampu menampung aku berdiri.
Hatiku menangis;meraung;mengerang,
dalam dendam yang membungkam.

Aku lihat kini,
Dunia ku hampir diam;Sunyi menuju kelam;
- Mengabur.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
#10 Kepura-baikan.
Puisi selepas >>
# Menulis Kerna....

Lain-lain karya Corbis
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya #11 Telaga
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog