Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

Ramadhan itu

Embun meniti di atap pada  heningnya pagi
suasana sepi
sejuk mencengkam
mata terkatup cekam
namun ada satu jiwa yang menapak menahan kesejukan yang mengancam.


selakan demi selakan
alunan demi alunan
menghiasi sepinya lamunan.

ramadhan itu wajah itu dan masa itu
buat aku pilu.
senyuman itu teguran itu
buat aku terkesan begitu,
sehingga kini.
pesanannya, marahnya
buat aku terfikir akan logik bagi penerimaan akal ku.

kini,
semua jadi ingatan
semua jadi memori yang menyengat
tatkala ramadhan bertamu
harumannya telah lama hilang
suaranya telah lama sepi
senyumnya telah lama lupus
namun,
pesanannya selalu menjalar dalam benakku.
terima kasih kerana hadir dalam 20 tahun hidupku, Atuk.

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Baca tajuk dan diam saja! Sungguh buat kamu kelu.
Puisi selepas >>
Ramadhan - "Cinta kerna Allah"

Lain-lain karya lemau
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Ramadhan itu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog