Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

wahai kamu

Sakura tampak cantik di musim bunga
adakah sama cantiknya di musim luruh?
tapi itu bukan visual ku pada wajah mu
visualku bertumpu pada hatimu
yang getarkan jiwaku
yang kakukan langkah ku bila berhadapanmu
yang kelukan lidah untuk melafaz perasaan tentang diri.

Lavender nampak mengasyikkan
adakah sama asyiknya jika di serang belalang?
yang makan indah pada dirinya
yang makan wangian pada tubuhnya
yang hapuskan madunya?
tapi itu bukan hasrat jitu yang tersemat dalam jiwa yang mahukan kamu
bukan manifesto ini yang aku laungkan dalam zahirkan rasa cinta.

ixora jadi kegemaran kerana madunya boleh disedut
adakah sama rasanya ixora itu jika madunya sudah tiada?

Sengaja aku umpamakan bunga dengan mu
namun, hakikinya aku jelek dengan bunga
perumpamaan bunga dengan wanita bagi mereka yang tergoda pada lahiriah
renunglah wanita itu luar dan dalamnya.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Ramadhan - "Cinta kerna Allah"
Puisi selepas >>
DOSA

Lain-lain karya lemau
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya wahai kamu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog