Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Patah Hati

Duka

Kadang duka bertandang
kadang duka menyapa

aku melihat keliling
semua orang ada dukanya
hati aku kuat semula

malam ini malam pesta
tapi kenapa akhirnya
semua berduka di bilik masing-masing
adakah kita tak boleh terlalu gembira?

aku merenung luar tingkap
ingin bertanya pada Dia
dalam doaku
kenapa satu silap aku
dan aku perlu membayarnya dengan seumur hidup

sekarang
detik ini
aku cuba memikirkan
mungkinkah
kesedihan kali ini
untuk menebus dosaku masa lalu? 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Bila nanti kau kejar bayang di matamu
Puisi selepas >>
Hari sedih dan bahagia

Lain-lain karya Bungakopi
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Duka
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog