Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Ramadhan - 'Suara Dari Langit'

 

Aku bukan Chairil,

Mahupun Khalil,

Apatah lagi Samad..

Suara ku bukan sesiapa bagi sesiapa.

Namun nian kata-kata ku bukan kosong

kata bagaikan bak peluru hidup menanti mangsa.

Bibirku sebagai senjatanya.

Ini bukan puisi cinta bak hang!

Suara ku untuk....

 

Menembus batas langit ke tujuh

Membawa dewi keadilan

berpijak kembali di bumi kontang

Hakim bagaikan wayang pacak bertopeng

Penguasa adalah tok dalangnya

Dalang kebohongan

Dalang pengkhianatan

Dalang kehancuran

 

Semua ketakutan, meraung kehibaan

Jerit perih siapa yang dengar

Menangislah dalam neraka

Tersenyumlah dalam syurga

Pimpinlah dunia dengan cita, cinta dan harapan

Disitu ketemu jalan.

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
50pp: Senyum
Puisi selepas >>
lelaki berambut berkaki panjang

Lain-lain karya sirRaimi
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

4 Komen dalam karya Ramadhan - 'Suara Dari Langit'
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog