Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Di Hujung Kota

aku jalan-jalan hujung kota

aku nampak wajah dia, persis orang gila

merayau-rayau mencari entah apa

aku pun tak pasti.

 

biar masa tentukan segalanya

adakah dia jumpa bayi kecil di hujung sana

yang kini mungkin 20 tahun, mungkin lebih

entah lelaki entah perempuan

anak yang tak pernah disayang.

 

bertahun terguris dengan dosa dan noda

sampai jasad bernyawa dibunuhnya

bertahun menangis di kemudian hari

mencari-cari kembali.

bertahun tercemar dengan tangis putih bersih

kononnya menghapus dosa yang pernah hadir

tapi sunyi menemani pencariannya

mencari anak buangannya.

 

dan kini masih dia di hujung kota

dan aku cuba untuk menjauhinya

dia datang kepadaku, peluk dan cium dahiku

menangis tiada hentinya dia meratapi bayang-bayang cinta.

aku bukan anaknya.

aku bukan warisnya.

aku bukan orang kota ini.

dia nangis sendiri saat aku tinggalkan pergi.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Bangsat lama
Puisi selepas >>
# Talqin Syuhada Mesir IIII

Lain-lain karya j_ana
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Di Hujung Kota
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog