Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

kerana namamu ila

barangkali aku tidak akan lebih mengenali kau jika tidak kerana namamu ila barangkali jua aku tidak akan mendekati dirimu hanya kerana kita tidak saling berkenalan ila ila, gadis asalan kampung yang hijrah mencari nafkah membawa diri tanpa kekuatan yang hanya ada baginya Allah dan Rasul kerana impian dan masa depan itulah pegangannya sambil ayah dan bonda mengirimkan titipan doa buatmu   siapa sangka gadis yang penuh dengan senyuman  murah dengan tawa dan keriangan disebaliknya penuh dengan kedukaan dendam lama menjadi imbauan dan ingatannya seperti hantu yang datang tanpa diundang seakan bayangan yang mengiringi jenak langkahnya ila, ketabahan kau menghadapi kehidupan kau jalani mengkagumkn aku sampaikan saja aku tidak menyangka ada jua insan seperti mu  sangkaan aku semua ini hanya berlaku dalam cerita kisah dan wayang realitinya ternyata ada ia adalah kau dan dirimu ila, kita tidak sempat berceritakn akan masa depan kerana ianya terlalu jauh antara kau dan aku masa itu bukan milik kita sebegitu juga masa depanmu bukan ada bersama aku cuma yang ada adalah kenangan kita

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Apa Dia Tulis
Puisi selepas >>
selamat tinggal ila

Lain-lain karya shary
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya kerana namamu ila
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog