Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Khayal Dalam Paradoks

Dia khayal dalam paradoks

Selesa dalam dunia fantasi

Lena dalam dunia imaginasi

Leka dalam dunia halusinasi

 

Melebihi waras, di bawah sedar

Tutur diksi kelihatan kelakar

Bila aksi dipersembah layar

Paradoks mula tersenyum lebar

 

Dia jaguhan berbicara, bernada hebat

Hujan aksara tidak pernah tidak, lebat

Lidah dan peti suara tamak bergerak

Kalah pesta keramaian mabuk rancak

 

Dengarkah dia apa yang sedang dibualkannya?

Wujudkah manusia buka telinga untuk dirinya?

Pesona di hadapan dia, berbeza.

Setia pesona bersama kuping.

Lali pesona menghadam bising.

Baik halwa manis bergula,

Atau jadam celaka berbisa.

 

Bagaimana jika tiba – tiba situasi menjadi kontra

Pesona mahu bersuara tetapi digunanya telinga normal

Si jaguh bicara pula perlu matikan irama dan dengar,

Benar-benar mendengar, dan bukan mengguna bibir paradoksikal.
 

Paradoks juga tahu lapar, tidak salah jika dia makan tuannya.

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
dekatlah sayang
Puisi selepas >>
50pp: Realiti bukan Fantasi

Lain-lain karya WaLLaWaLLa
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Khayal Dalam Paradoks
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog