Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Mana Mungkin Aku Lupa

Mana mungkin aku lupa
Harum laut dan hanyir sungai
Ibarat kuah singgang dan budu
Seribu langkah ke darat pun
Keruh di muara ku redah kembali.

Mana mungkin aku lupa
Semak samun dan selut baruh
Ibarat 'play station' dan komputer riba
Lewat petang ibu menjerit
Hilangnya ke mana si anak bermain.

Mana mungkin aku lupa
Sejengkal rotan dan bulatan selipar
Ibarat aiskrim lolipop dipatah dua
Dihujung kampung keliling padang
Pentasnya berhibur si anak kampung.

Mana mungkin aku lupa
Si tangga kayu dan pintu sepapan
Ibarat kumbang dan bunga di taman
Jauhnya diri melangkah pergi
Di hati rindu bergunung tinggi.

-gelap-
16/11/2013
1.20 pagi

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Tak ingin sendiri_Ai
Puisi selepas >>
Cinta selembut sutra_Ai

Lain-lain karya gelap
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

3 Komen dalam karya Mana Mungkin Aku Lupa
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog