Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Kerana Mulut Manusia

Mudahnya mulut manusia

Berbicara berkata-kata

Menghakimi tanpa timbangtara

Seolah diri ini meminta

Untuk ditimpa

Malapetaka sebegitu rupa

 

Mudahnya mulut manusia

Menyakiti hati

Tanpa mengerti

Kata-kata mampu mengguris hati

Seolah diri ini gembira

Dihina sebegitu rupa

 

Mudahnya mulut manusia

Memperlekeh saudara 

Dikhalayak keluarga

Tanpa rasa berdosa

Seolah dirinya berkuasa

Menentukan tangis dan tawa

Setiap insan didunia

 

 

~ Kerana Mulut Manusia

2013 © Nanie M KadriMudahnya mulut manusia

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Cinta selembut sutra_Ai
Puisi selepas >>
Tak mungkin berpaling _ Ai

Lain-lain karya naniemk
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Kerana Mulut Manusia
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog