Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Cinta

kalau kau muncul di muka pintu aku pukul tiga pagi,

Adakah aku akan benarkan kau masuk? Ya. Mungkin kau bawa kereta kau meneroka bandar lama ni tanpa tujuan, sampai terlalu lewat malam kau tak sedar bagaimana kau boleh tiba-tiba muncul di muka pintu aku pukul tiga pagi. Aku akan jemput kau masuk dan kita akan duduk atas lantai dan minum Coca Cola sebotol. Kita akan berborak pasal masa depan kita yang optimis tapi tak masuk akal, dan tentang masa kini kita yang pesimis tapi real, dan mungkin sikit pasal hero kegemaran kita Monkey D Luffy, dan pasal politik yang korupt dan ekonomi yang menjunam. Aku akan nyalakan rokok kau untuk kau dan aku akan suka baunya sepertimana aku akan sentiasa suka kau. Kau akan marah tentang rambut pendek aku sebab kau suka rambut panjang aku yang serabut. Aku akan kutuk selfie kau yang nampak jambu terlalu jambu dan bagaimana selfie jambu kau tu memalukan bagi aku. Kau akan menangis tentang badan aku yang seakan tulang kini sebab kau tak tahu bagaimana aku boleh sampai jadi begitu rapuh. Aku akan panggil kau dengan nama-nama kasar dan kau tak akan sentap, sebab kau rasa kau memang layak depanggil sebegitu. Kau akan kutuk baju aku yang terlalu besar saiznya untuk aku pakai, tapi aku tak akan sentap, sebab aku tahu kau memang lega tengok aku pakai pakaian longgar. Kita akan berbaring di atas lantai menjelang subuh dengan botol Coca Cola kosong, dan kita akan sama-sama beritahu yang kau benci aku dan aku benci kau, dan kita akan berborak sampai matahari naik, sampai kita akhirnya akan pergi gosok gigi, cuci muka, dan berkongsi sedikit minyak wangi supaya kita boleh pergi ke McDonalds terdekat untuk sarapan yang sebetul-betulnya.

macam waktu dulu-dulu, waktu kita masih mentah dan bahagia. 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Sepi
Puisi selepas >>
Hasratku Kau Lombong

Lain-lain karya Effy_Lndg
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya kalau kau muncul di muka pintu aku pukul tiga pagi,
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog