Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Kehidupan

Kelana

bumi ku jejak
langit ku junjung
petualang membawa diri
saudaranya adalah salam
musuhnya jangan menghalang
tak pernah ku gentar sejak langkah pertama
tak pernah ku lari andai bersua muka.

aku si petualang
tuah pada yang setia
jebat pada yang belot
tak pernah berhajat
namun tak pula menolak.

bumi ku jejak
langit ku junjung
matiku bukan pada bertindak
matiku kerana Yang Berkehendak.

aku si petualang
berkelana mencari sahabat
dan kau si kepalang
tercalit malang andai menghalang.

bumi ku jejak
langit ku junjung
matiku bukan kerana manusia
matiku kerana Yang Maha Esa.

-gelap-
19/04/2014
5.15 pagi

 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Mimpi dan Realiti
Puisi selepas >>
Diam

Lain-lain karya gelap
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Kelana
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog