Beruk-beruk pilihanraya, Dengan bangganya mengusung bendera Biru, hijau, merah dan entah apa
Beruk-beruk pilihanraya, Dinihari masih gagah di jalanraya Menjulang ideologi mengibar bendera
Terpekik terlolong apa lagi Sudah jauh malam masih tak sedar diri Gantung bendera sana, cucuk sepanduk sini
Diupah dua puluh ringgit panjat tiang lampu, Beruk itu anggukkan kepala setuju Tak sedar tiada insurans untuk itu.
Beruk-beruk pilihanraya, Sudahlah, Sudah jauh malam, masuk tidur sajalah, Sambung esok saja agenda politik orang itu, Kalau sudah semangat benar, Gantung bendera, cucuk sepanduk senyap-senyap sahaja, Jangan terjerit-jerit mengganggu jiran tetangga, Jangan merempit-rempit mengganggu jalanraya