Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Koleksi Puisi > Puisi Ekspresi Diri

Antologi Puisi Twitter



Dalam pokok yang berburung, aku berpantun. Kur, kukukurkur, Kur, kur!

Sebusuk kenangan kita yang tersumbat di ketiak cita-cita, kau kulantik sebagai rupawan najis! sila terjun bangunan.

Kuku-kuku pendek encik Said sungguh seksi di gelora nafsu serakah chenta puan Rokiah. Oh~

Di situlah chenta kita bersemi, kau ingat tak? depan longkang tepi sampah sebelah kedai jual arak.

Berak yang tertahan umpama chenta yang tak terluah, pada hati & jamban.

Akanku pacak rokok nusantara di kuburmu, biar berasap chenta kita yang mati itu.

Pada daun ketum chenta, kulukis orang lidi rindu, biar jadi ubat batuk kerongkong mimpimu.

MANA lagi jadah-jadah puisimu ingin ku fatwakan haram? Bersuluk lama macam berak main air. Biadap.

Betapa keji wajah chentamu telah menciritkan benci-benci di mangkuk tandas jiwaku. Tak pasal-pasal aku pun membusuk sama.

Ke dalam lombong, ke bawah bangunan, Silalah terjun laju-laju wahai tukang-tukang mencarut sekalian. Burung.

Mana hilang kuda belang rindumu mahu ku buat menunggang ke destinasi chenta? Sungguh ladam kenangan dulu telah merobek lenaku. 

Malam yang tertumpah ke alam umpama sunyi yg membasahi di dalam; hati.

Sedap lagi tengok tapak kaki dari tengok muka mu~ !

Kurap cinta menggatalkan jari-jari nafsu menggaru kulit hatimu. Oh, janganlah kau sapu minyak angin benci padaku wahai betina.

Cirit-cirit cinta terbocor dari dubur-dubur hati sekalian manusia berahi. Membusuki seluruh mulut-mulut bertopeng suci.

Selamat datang ke galeri najis ku. Setiap najis adalah muka-muka engkau yang aku berakkan. Semalam, hari ini & esok. 
 

Nilaikan karya
Info Penulis
Info Karya

Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan
< < Puisi sebelum
Perempuan Engkau
Puisi selepas >>
KELU

Lain-lain karya Rizzy
Lihat semua
Puisi terbaru
Bahasa Melayu
Latest Poetry
English
Puisi terbaru
Bahasa Indonesia
komen daripada Facebook

0 Komen dalam karya Antologi Puisi Twitter
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda




Ikut kapasitor



admin blog