helpHelpfeedbackFeedback  Register
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
ReviewsView all
Feed
Sebuah fantasi
paktam85 wrote this review for: Laksana Bulan
calendar 6/11/2009 02:09:38 AM | 111 views

Assalammualaikum dan salam perpaduan

Kali ini saya mengambil cerpen betajuk “Laksana Bulan” karya kreatif yang dinukilkan oleh seorang yang tidak asing lagi di kapasitor dengan cerpen-cerpennya yang sangat baik pada pandangan saya, tidak lain dan tidak bukan, Puteri Cerpen Kapasitor, Adra.

Cerpen ini merupakan sebuah cerpen genre fantasi sains atau pun lebih senang dikenali sebagai Sai-Fai. Genre ini merupakan genre yang popular di kalangan setiap penulis dan seringkali mendapat tempat pada pembaca di kalangan remaja dan tidak kurang pada pembaca kalangan dewasa.

Saya tertarik pada setiap karya Adra Adlina tidak kira cerpen atau novel. Sememangnya saudari Adra merupakan penulis yang memegang tema cinta dan fantasi sebagai tinta ilhamnya.

Itu sekadar sebagai mukadimah, berbalik kepada tujuan utama saya menulis reviu ini. Di sini, saya pecahkan mengikut peringkat-peringkatnya. 

i) Tema dan persoalan

Tema- saya kira tema cerpen ini adalah persahabatan kerana saya tidak nampak tema lain yang kuat mendokong cerpen ini. 

Persoalan- kepentingan mendengar nasihat orang lebih tua, kesetiaan seorang sahabat, kasih sayang seorang saudara kandung. 

ii) Watak dan perwatakan

Watak utama dalam cerpen ini ialah Laksana Bulan. Laksana Bulan  merupakan seorang putera raja yang bakal mewarisi takhta benua Tepak Sejunjung. Dia bersifat degil,berjiwa lasak,ingin tahu dan bijaksana. Sifat ini didokong oleh frasa:

“ Anakandanya yang degil menanti bicara dari bibir sang ayahanda

“Tetapi dia putera yang berjiwa lasak dan tak kenal erti berdiam diri

“dia cukup beruntung kerana dikurniakan kebijaksanaan

“Akan tetapi, tanpa disangka sikap ingin tahunya telah membawa penerokaan ke tempat yang salah

Watak sampingan yang terdapat dalam cerpen ini adalah Puteri Cempaka, adinda Laksana Bulan, Tuaku Pertama, ayahanda Laksana Bulan, Pendeta Gerimis, guru Laksana Bulan, 3 orang sahabat iaitu Aidit, Nashriq dan Fazril. Lain-lain watak ialah Pengawal dan Pali.

 

iii) Plot

Binaan Plot :-

Permulaan plot dimulakan dengan pemerihalan suasana yang berlaku pada waktu itu, sedikit sebanyak permulaan plot menimbulkan tanda tanya pada pembaca mengenai apa yang berlaku pada waktu itu dan mencari keistimewaan tempat yang dinamakan Jelujur Rahsia.

 

Kemudian perkembangan plot berlaku apabila Laksana Bulan menghilangkan diri dari Jelujur Rahsia dan muncul di dunia zaman moden bertemu dengan 3 orang pelajar Sekolah Menengah Bintang Tujuh.

 

Perumitan berlaku apabila Nashriq menyuarakan kebimbangannya mengenai kehadiran Laksana Bulan dan sesi persekolahan akan bermula tiga hari lagi. Kehadiran Pali pasti akan lebih menyerabutkan. Manakala Puteri Cempak bersungguh-sungguh meminta bantuan Pendeta Gerimis untuk mencari kekandanya.

 

Dan akhirnya peleraian plot digarap dengan kehadiran Puteri Cempaka di tandas asrama.  

Teknik plot:-

Antara teknik yang digunakan ialah:-

  1. Dialog:- ada dua jenis dialog yang digunakan, iaitu dialog kerabat diraja dan dialog orang kebanyakkan(yang biasa digunakan).

2.      Monolog Dalaman:-  

-         " Meski dia berdiam diri, terlalu banyak soalan menerpa benaknya. Kenapa ayahanda tak pernah faham?"

3.      Pemerian

iv) Latar

Latar Tempat:- kawasan istana, asrama sekolah

Latar Masa/ Suasana :- latar masa tidak banyak diolah dalam cerpen ini.

-          Malam

Bias cahaya rembulan separuh purnama begitu indah menyinari malam.”

 Latar Masyarakat(Citra Masyarakat):- terdapat dua iaitu masyarakat zaman silam dan masyarakat zaman moden yang jelas digarap melalui dialog dan cara pakaian putera Laksana Bulan.

v) Sudut pandangan

Cerpen ini menggunakan sudut pandangan ketiga di mana sebagai pengarang Adra mengemukakan sudut pandangan berdasarkan dia, mereka, watak Laksana Bulan, atau Puteri Cempaka. Memang sudut pandangan ini lazim ditemui dan disyorkan kepada penulis yang baru mula untuk menulis.

 

 Kesimpulan

Apa yang dapat saya simpulkan ialah Adra merupakan seorang penulis yang teliti di mana amat sukar menemui kesalahan ejaan mahupun tatabahasa di dalam cerpen ini. Dan, penggunaan gaya bahasa amat mudah yang tidak memaksa para pembaca untuk mencari kamus mencari maksudnya walaupun latar ada berkaitan dengan zaman silam(biasa guna bahasa arkaik ataupun dikenali sebagai bahasa lama/klasik). Walaupun begitu, ada sedikit yang perlu dibaiki (mengingatkan saya juga) seperti ayat “bukak”, “rileks”, mungkin tidak penting tetapi harus diberi perhatian. Memetik kata-kata Faisal Tehrani dalam buku Karya Nan Indah hal. 169 “Bahasa slanga seelok-eloknya dielakkan. Bahasa slanga atau bahasa metropolitan adalah bahasa yang merosakkan citra bangsa kita.”  

 “Eskposisinya sudah baik namun terdapat kelonggaran” pinjam ayat saudara Ridhrohzai. Kelonggaran yang saya lihat pada peleraian. Mungkinkah emosi Adra waktu ini tidak stabil? Saya agak terganggu apabila dialog Puteri Cempaka dengan Pendeta Gerimis tidak diasingkan. Tambahan pula selepas itu merupakan peleraian plot di mana saya sangat yakin peristiwa tersebut berlaku di tandas asrama, tetapi saya keliru apabila Nashriq singgah sebentar di Baskin Robin membeli aiskrim untuk Laksana Bulan. Mungkin Adra boleh menceritakan sedikit mengenai latar tempat tersebut dengan lebih jelas, kesamaran ini juga berlaku pada saat mula-mula Laksana Bulan tiba, adakah di kolam mandi?

Akhirul kalam, teruskan usaha anda untuk terus menulis dan jangan pernah berhenti. Pastikan setiap karya yang dihasilkan memberi pengajaran dan membina golongan pembaca tidak kira genre apa yang anda karang.

Wassalam.

Other reviews from paktam85
TickCerkon???
TickPemuda Kecil-Halus
TickCinta Sebuah Realiti Kehidupan...
TickKekuatan semulajadi
TickPemilihan Diksi dalam cerpen
TickEmosi mengalir melalui bahasa...
TickKreativiti dalam penciptaan karya kesusasteraan...
Comments
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login
sponsored announcement

Kapasitor: Reviews
Reviews a tool for you to discuss and elaborate any of the posts submitted by members from your point of view. It must be in article format where you have to write it properly.
Learn more