ReviewsView all
Feed
Aplikasi Struktur yang Berkesan
ridhrohzai wrote this review for: Anak merdeka.
calendar 1/08/2010 19:53:39 PM | 1415 views

SEKITAR bulan Julai lalu, nampaknya seksyen cerpen dilanda sedikit kemarau. Tidak banyak karya yang dihantar untuk dikongsi bersama-sama. Mungkin ada yang bergelumang dengan kesibukan mahupun yang masih takut-takut untuk mengenengahkan buah fikiran.

Baiklah, saya memilih cerpen bertajuk Anak Merdeka tulisan saudara Petak. Saya perhatikan, anak muda ini punya iltizam yang tinggi dalam menulis kerana setiap bulan, ada sahaja karya yang ditulis dan dimuat-naik tidak kira di bahagian cerpen mahupun puisi. Teruskan dengan semangat ini dan moga ia menjadi ikutan buat semua. Menulis, bukannya kerana ada idea atau tidak, sebaliknya adalah semangat.

Cerpen Anak Merdeka menepati struktur 1-2-3 bang! Malah saya kira penulis gemar menggunakan struktur ini dalam kebanyakkan cerpen beliau. Apa itu struktur 1-2-3 bang? Seperti peluru yang ditembak menggunakan pistol sahaja bunyinya. Dalam review sebelum ini, saya ada menyentuh tentang struktur cerpen 90/100. Moga-moga masih ingat lagi. struktur 1-2-3 bang! adalah struktur di mana penyusunan plotnya berbeza dari sturktur biasa iaitu struktur kronologi. Susunan plot dimulai dengan konflik. Kemudian konflik yang semakin memuncak yang menuju penyelesaian dan akhirnya bang! Penamat yang ‘twisted’.

Jika anda perhatikan, cerpen ini dimulai dengan keadaan watak utama yang melarikan diri dari serangan penjajah Jepun kala itu. Lihat, di situ konflik tercetus. Kemudian konflik diteruskan lagi dengan kejadian-kejadian perit dengan teknik imbas kembali yang dilalui oleh watak dan penyelesaiannya apabila watak berkobar-kobar mahu membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah namun akhirnya dia ditembak mati. Itulah penamat ‘twisted’ yang tidak dijangka oleh pembaca.

Oleh sebab struktur cerpennya begini, maka bilangan dan perkembangan wataknya juga terhad dan ia sangat sesuai disampaikan dalam bentuk naratif di mana watak utamanya dipenuhi dengan monolog.

Cerpen ini adalah cerpen penyalin realiti di mana watak dan latarnya berlaku di dalam dunia realiti. Satu lagi perkara yang membuatkan saya tertarik dengan cerpen ini adalah gaya bahasanya. Ada unsur personifikasi, metafora dan perlambangan.

Contohnya;

 

Bila-bila masa sahaja, senjata ngeri itu akan meluruhkan besi-besi buta yang tidak kenal pada nyawa, pada masa yang tepat, dan muktamad

 

Tidak kiralah yang mana satu penjajah, semuanya dibenci. Yang berkulit putihkah, atau yang tegas dengan misai kontotnya kah, atau juga mana-mana gelaran Harimau Malaya yang selalu didampingi oleh katana panjangnya kah, semua dibenci dan dilumat oleh jiwanya satu per satu.

 

Secara keseluruhan, penulis berjaya menulis cerpen ini dengan baik. Diharapkan agar penulis terus lestari dalam berkarya dan jadikan semangat yang ada itu sebagai satu senjata untuk terus melangkah.

Semoga yang baik di dalam review ini dapat dijadikan panduan bersama dan yang buruk itu, tingal-tinggalkan. Sekian.

 

ridhrohzai

Kru pengelola MS

Other reviews from ridhrohzai
TickKisah Kapsul Ungu
TickPenekanan Watak dan Latar dalam Cerpen
TickCerita Pendek yang Panjang
TickIndah dari Sudut Emosi
TickOlahan yang Segar
TickGarapan unsur perlambangan yang berkesan
TickMembaca dalam Cerpen
TickKekuatan Lontaran Diksi dalam Adik
TickSebuah Cereka Cinta Islami
TickNaratif tentang ibu

iklaneka

Comments
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

iklaneka

Kenali Kapasitor.net

iklaneka

menarik di kapasitor.net

iklaneka
Iklan Datakl

panduan penulisan DBP

Local search