ReviewsView all
Feed
Yang tersusun, yang padan dan mantap
uculer wrote this review for: PCB#3 : Surat Berdarah Untuk Gadis Schizophrenia
calendar 5/01/2011 12:43:30 PM | 1067 views

Secara jujurnya, saya memang gemar akan tulisan 26life. Saya dapati karya-karyanya mampu membuatkan saya berfikir (saya harap anda juga). Tema yang diangkat tidak cliche dan kalaupun temanya biasa, pembawaan dan hasil buah tangan 26life memang unik.

Sama dengan kali ini, cerita yang dibawa diolah menjadi sesuatu yang seronok untuk dibaca. Membaca naskhah ini ibarat sama-sama dibawa berkenala oleh sang penulis ke dalam cerita. Padat dan padan, itu pendapat saya.

Apa yang padan?

Yang padan adalah adunan unsur mistik dan juga unsur perubatan moden, sesuai dengan tema pertandingan kali ini. Yang sudah sedia sakit, jadi tambah sakit dek 'perisa' Tok Kuku Panjang. Ana yang sudah sedia diketahui 'jiwa kacau', tambah kacau dek usikan Tok Kuku Panjang. Siapa tahan kalau bangun waktu malam dengan kaki yang basah, berlumuran lendir?

Saya senyum sendiri bila melihat ayat ini:

'Tapi nasiblah, Anna perlu tahan tatkala tangan Malik merayap macam garfu bilah panjang'. Bagi saya, ada nada humor di situ yang sangat mengena sebagai sindiran.

Ini memang sebuah naskhah yang baik. Baik bukan sahaja daripada segi penceritaan tetapi daripada segi usaha penulis untuk menggali sebuah topik, bukan hanya tulis membabi buta. Ini perlu dijadikan teladan kerana penulisan semberono tidak akan menghasilkan naskhah kurang bijak tetapi hanya akan meremehkan pemikiran para pembaca.

Nah, ayuh! Saingan untuk PCB#3 sudah rasa tercabarkah belum?

Other reviews from uculer
TickA joy to read
TickForget the colours, we are equal
TickA perfect reason why we should not forget our mother tongue
TickPerfection lies in the descriptive details
TickThought-provoking article

iklaneka

Comments
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

iklaneka

Kenali Kapasitor.net

iklaneka

menarik di kapasitor.net

iklaneka
Iklan Datakl

panduan penulisan DBP

Local search