ReviewsView all
Feed
Isi.
PETAK wrote this review for: o.rang i.tu
calendar 13/01/2011 05:10:15 AM | 1909 views

sedih.
tidak harap perhatian.
tapi kenapa ingat  masa susah aja.
senang..aku kau lupa

aku di sini
mengharap neman kau 
bawa kau
tuju tabah
tapi..aku yang sedih di dalam

aku suka kawan sama emak
khabar sama kakak kakak juga abang
sama pokok di taman
atau kucing jiran sebelah
mereka tidak sakitkan aku
tapi itu..orang itu..
bikin aku nangis senyap senyap di dalam

 

_____________________________________________________________________________________________________________

 

 

Reviu bukan perkara yang seronok, sebenarnya.

 

Tapi, puisi ini benar-benar berada dalam satu koleksi puisi jujur yang lain-lain, dan yang pernah kita baca atau kita dengar sebelum-sebelum ini.

 

Seperti yang pembaca lain dapat agak apabila baca sekali jalan,  puisi ini mengisarkan tentang kesedihan penulis yang berada dalam situasi kesedihan. Kita dapat agak emosi penulis di dalam puisi ini adalah pada penekanannya yang berkali-kali pada perkataan 'sedih' itu sendiri.

 

Sajak ini nampak mudah untuk difahami. Tetapi jika kita cakarkan lagi kulit-kulitnya, kita dapat faham bahawa sajak ini sebenarnya mempunyai isi yang sangat membuatkan pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjutnya, membaca berulang kali.

 

Kita dapat merasai betapa emosi penulis sangat sepi dan sedih saat beliau menulis sajak ini, apabila terbaca rangkap yang ketiga. Dan kita juga mengetahui bahawa sajak ini ditonjolkan untuk manusia-manusia yang di anggap istimewa oleh penulis.

 

Mungkin hubungan penulis dengan kakak dan abang, dan ibu bapa tidak mendapat sebarang masalah kerana penulis jujur berterus terang bahawa penulis suka bersahabat dengan mereka itu. Tapi, walaupun di dalam banyak-banyak manusia yang mampu menghiburkan hatinya, termasuk kucing jiran sebelah dan pokok di taman, ada seorang sahaja insan yang boleh memusnahkan keindahan itu. Dan ianya tampak sangat hiperbola dengan perbandingan manusia yang ramai, melawan insan yang sedikit.

 

Awak ceria dengan sepuluh orang kawan awak yang sedang bergembira. Tapi, kekasih awak waktu itu, meninggalkan pesanan ringkas, untuk memutuskan hubungan. Dan awak terus menjadi sedih. Contohnya begitulah. 'Orang itu' yang dikatakan penulis, memberi kesan yang sangat mendalam pada jiwa penulis sendiri.

 

Penulis memberitahu kita kenyataan yang dihadapi dengan satu perkataan yang mudah, tetapi masih boleh diselongkar lagi.

 

Hurm. Reviu bukan perkara yang seronok, sebenarnya.

Comments
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

iklaneka

Kenali Kapasitor.net

iklaneka

menarik di kapasitor.net

iklaneka
Iklan Datakl

panduan penulisan DBP

Local search