Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
divider

Kapasitor Bookstore > Kategori

Selamat Datang
Panduan menggunakan Kapasitor Bookstore

Kategori

Kami terima

Pertanyaan tentang Kapasitor Bookstore Kapasitor

Apakah Kapasitor Bookstore?
Kapasitor Bookstore adalah satu aplikasi yang dibina oleh Karyamedia untuk Kapasitor.net. Aplikasi ini bertujuan supaya ahli-ahli Kapasitor.net dapat memanfaatkan platform ini bagi mendapatkan sumber pendapatan sampingan dalam menghasilkan karya.

Apakah Ebook?
Ebook adalah buku versi digital yang boleh dibaca dalam komputer atau telefon seperti iPhone atau Blackberry.

Bagaimana mahu membeli Ebook?
Cari ebook pilihan anda di Kapasitor.net, kemudian klik pada butang "Add to cart" berdasarkan jenis peranti ataupun format fail yang anda mahu. Isikan nama, nombor telefon dan alamat emel bagi memudahkan kami menghantar ebook yang anda beli. Anda boleh membuat pembayaran melalui online banking seperti Maybank, CIMB, Hong Leong dan Public Bank. Senarai penuh bank yang terlibat boleh di dapati di sini.

Apakah pilihan pembayaran yang ada?
Kami menerima online banking seperti Maybank2u, CIMBClicks, Hong Leong dan sebagainya. Selain itu, kami juga menerima MEPS cash, Mobile Wallet.

Kami juga menerima pembayaran daripada bank FIlipina..

Adakah online banking selamat?
Ya. Pihak bank melakukan segala yang terdaya bagi mengelak penipuan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya mengamalkan langkah-langkah keselamatan ketika membuat transaksi online.

Bagaimana caranya untuk memuat turun ebook?
Ebook yang anda beli akan kami hantar ke emel berserta password. Anda boleh muat turun ebook yang anda beli selagi anda boleh mengakses emel. Pastikan anda mempunyai emel akaun yang berkapasiti tinggi seperti GMail, Yahoo Mail atau Live.

Saya mahu beli ebook yang sama tetapi format berlainan. Bagaimana?
Setiap format mempunyai harganya tersendiri. Harga ebook akan bertambah walaupun anda memilih untuk membeli ebook yang sama tetapi format berlainan.

Seberapa kerap boleh saya beli ebook di Kapasitor?
Tiada sebarang halangan untuk anda beli ebook di Kapasitor.

Boleh saya beri ebook kepada kawan?
Tidak. Ebook yang anda beli adalah hak anda dan tidak boleh dipindah milik. Kami nasihatkan anda ajak rakan anda membeli ebook itu kerana harganya yang murah.

Saya tak boleh muat turun ebook. TOLONG!
Sila pastikan talian internet bersambung kepada komputer anda. Pastikan juga alamat emel yang anda beri adalah alamat emel yang tepat.

Adakah Ebook boleh dicetak?
Tidak, ebook tidak boleh dicetak.

Apakah gunanya maklumat yang diberi semasa proses membeli ebook?
Maklumat yang anda beri adalah untuk rujukan dan analisis kami supaya kami dapat memberi servis yang lebih baik dari masa ke masa. Kami tidak menjual maklumat anda kepada mana-mana pihak.

Bagaimana untuk menghubungi Kapasitor?
Hantar emel terus kepada kami webmaster[at]kapasitor[dot]net

Sila ambil perhatian bahawa Pembayaran di Kapasitor Bookstore Kapasitor dilakukan oleh Mobile88.com Sdn Bhd. Nama Mobile88.com ATAU Mobile88.com Sdn Bhd akan ditunjukkan dalam kad kredit / Penyata Bank dan anda akan menerima emel peringatan daripada ipay88 selepas melakukan transaksi.

Please note that your Payment in Kapasitor Kapasitor Bookstore is processed by Mobile88.com Sdn Bhd. The Name of Mobile88.com OR Mobile88.com Sdn Bhd will be shown on your Credit Card / Bank Statement and you will also receive a notification e-mail from iPay88 on each transaction.