Aktiviti: Paintball & Piknik bersama ahli Kapasitor Tempat: Kem Motivasi Alang Sedayu Kehadiran: jojo, njay, cahatomic, rearrange, uculer, babymilo, rama_rama, rizzy, qaqa, eewa, pijat2, dayya, syud, aida, akma, ahmad2007, zinggof, paper_cat, reena, amir, farah, izzati & ema.
Hari Ahad 7hb Mac berlalu dengan pantas dan penat. 23 orang yang hadir ke aktiviti luar Kapasitor memang berkobar-kobar semangat mereka. Seawal 8 pagi sudah ada yang tiba di Shell yang dijanjikan. Sekitar pukul 9 pagi (setelah semua tiba) maka kumpulan pertama bergerak menyusuri jalan raya menghala ke kem motivasi alang sendayu di belakang Universiti Islam Antrabangsa Gombak.
Selepas parkir kereta dan memunggah barang-barang, kumpulan pertama ini bergerak ke kem. Sampai di sana, terus makanan dibuka dan dihidang. Ya, perut perlu diisi sebelum memulakan aktiviti yang lain. Kebetulan, kumpulan kedua juga tiba. Selepas kumpulan kedua tiba di kem, aktiviti suai kenal dimulakan de... [ More ] |