• Berita Minggu Singapura - Simbolisme Dalam Karya Puisi

    Berikut adalah sedikit sedutan daripada teks yang asal: "Sekiranya eksperimentasi in dilakukan secara rencam, mungkin hasilnya adalah seperti puis-puisi eksperimental berikut, karya penyair kontemporari Johar Rahmad dari Malaysia. Estetik atau tidak, tepuk dada tanya selera." - Berita Minggu Singapura Teks asal: Karya asal boleh dibaca di sini:http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/1808 Lain-lain karya saya yang mungkin berkaitan dengan karya ini adalah: 1. Astronomi Jiwa, Astrologi Hati http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/1082 2. Cinta Kimia dan Sedikit Biologi http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/1082 3. Programming $Jiwa http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/1860 Sudah tepuk dada anda? Ada nilai estetika atau nilai bakul sampah? Sila kongsikan dengan kami ;)

  • Selamat Datang: Naquib Nafiz bin Muhammad Johari

    Assalamualaikum, Dengan ini diumumkan kedatangan cahaya mata ke-2 saya pada 1 Jun 2012 yang lepas – seorang bayi lelaki dengan berat 3.49kg lahir pada pukul 3:30 pagi di Hospital Serdang. Tahniah kepada emaknya Nadia Jalaludin yang berusaha keras mengeluarkan cahaya mata baru kami ini. Nama beliau adalah: Naquib Nafiz bin Muhammad Johari bin Rahmad bin Mohd Ali bin Omar Terima kasih atas segala doa dan ucapan anda di FB, Twitter, SMS, Whatsapp dan segala medium yang ada. Alhamdulillah, syukur.

  • Zaaba Talks Read & Write

    Atas saranan Huda dan atas jemputan saudara Amin, Kapasitor dijemput bagi menjadi ahli panel dalam satu program networking Zaaba Talks. Program ini akan menemukan Becca Nayagam dari Nepal dengan Siti Aishah dari Malaysia. Becca Nayagam atas inisiatif beliau telah memulakan satu perpustakaan untuk kegunaan kampung dan Siti Aisyah mewakili Kapasitor telah membantu mengasaskan Kapasitor, satu platform kepada penulis kreatif. Dijemput semua hadir bagi program tersebut! Tarikh: 6 Mei 2012Tempat: Pusat Tuisyen Elit MajuPeta: http://g.co/maps/va6czAlamat: 19-2 Jalan 2A/6, Taman Setapak Indah, 53330 KLMasa: 1:00 - 3:00 petangPendaftaran: RM5 Sumber: 1. Zaaba Talks 2. Zaaba Talks Read & Write  

  • Selamat Datang Hafizatul Munirah binti Mohd Syahar

    Alhamdulillah! 6 April 2012 menjadi titik keramat buat saudara Cahatomic dan pasangan beliau apabila dikurnia bayi sulung berjantina sunti. Dilahirkan secara normal di Hospital Putrajaya pada jam 2.01 pagi, bayi berkod nama Babytomic seberat 2.66 kg ini telah diselamat didaftarkan sebagai Hafizatul Munirah binti Mohd Syahar.

  • Selamat pengantin baru kepada Fazmin (xr) dan Ayu (ayusherly)

    12hb Jun 2010 merupakan tarikh keramat bagi Encik Xr dan Puan Ayu kerana mereka telah selamat diijabkabulkan. Majlis sebelah perempuan yg diadakan di Bentong berlalu dengan baik malahan cuaca pada tengah hari itu cukup bagus bagi majlis perkahwinan sebegini. Saya, mewakili rakan-rakan di Kapasitor mengucapkan selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. ishk, xr & fakhrul radzi mereka bersanding mereka di pelamin ;)

  • This Is Not A Final Goodbye

    As I try to start this piece, I realize that this is not easy. There are so many things that I want to write but this time, words didn’t flow.   The first thing that I read this morning, I nearly cried because today is the day that I will officially stop being an admin here. There were tears near the corner of my eyes.   I would love to stay but things are moving and it is moving in a manner that no one can stop. Priorities change and this is exactly what happened. I’m not getting married anyways ...

  • Selamat Tahun Baru 2010

    Di ambang 2010 ini, ramai yang bercerita tentang azam baru. Ada yang mahu membeli lensa baru, ada yang mahu membeli buku dan ada juga yang mahu mengejar azam yang tidak tercapai pada tahun 2009. Dan antara harapan dan doa terbaik yang aku sempat baca dalam senarai YM @ Facebook aku adalah "semoga yang terbaik semasa 2009 menjadi yang terburuk semasa 2010". Maka, jika 1001 manusia berbeza yang kita tanyakan azam, maka ada 1001 jawapan yang berbeza tentang azam mereka. Bagus jika kita berazam untuk melakukan sesuatu yang hebat pada 2010 ini. Bagus jika kita berazam untuk 10A untuk SPM. Bagus jika ...

  • Terima Kasih kepada Zuraidah bt. Abd Aziz

    Salam semua, Hari ini secara rasminya cik Zuraidah tidak lagi mengepalai Kapasitor Bahasa Indonesia. Berita buruk ini amat menyedihkan kami di pihak Kapasitor. Namun begitu, kami tetap menghormati keputusan beliau dan menerima dengan hati sayu. Walaubagaimanapun, cik Zuraidah masih lagi berada di Kapasitor. Cumanya, beliau mempunyai komitmen lain yang perlu dibereskan. Beliau akui, pertembungan komitmen mungkin akan merencatkan tanggunjawab beliau di Kapasitor. Oleh itu, sebak hati kami terpaksa kami gagahkan untuk melepaskan beliau dari singgahsana itu. Cik Zuraidah telah menjadi ketua seawal penubuhan Kapasitor Bahasa Indonesia. Atas tunjuk ajar dan nasihat beliau, Kapasitor Bahasa Indonesia telah berkembang baik dan menjadi sebagai salah satu ...

  • Selamat Pengantin Baru Lonneke

    Pada hari Ahad yang lepas bersamaan dengan 1/3/2009 telah berlangsungnya majlis persandingan lonneke atau lebih mesra dipanggil Che An (tetapi agak ganjil jika dipanggil Puan Raihan) dengan jejaka bertuah yang menjadi pilihannya; Saudara Ikhram (dikenali dengan nama Atom, ahli band Abstrak Hingga ke Bulan) bertempat di Kelab Darul Ehsan di Shah Alam. Che An, selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Aminn

  • Alfatihah

    Sahabat-sahabat, Terima kasih atas pesanan dan ingatan....alhamdulillah, walau perit rasa ditinggalkan tapi kami sekeluarga redha dengan pemergian ayahanda tercinta. Buat sahabat-sahabat yang pernah mengenali arwah, kalau ada salah dan silap mohon maafkan, makan minum mohon halalkan...baru rasanya membaca catatan Hawa mengenai pemergian ayahandanya, tak sangka sampai juga masa diri sendiri merasa.Pada yang tertanya, arwah sebenarnya sakit, punca asal ketumbuhan dalam usus besar dan telah menjalani pembedahan membuang 8 inci usus pada bulan puasa tahun 2006. 3 minggu di hospital arwah dibenarkan pulang dan menjalani kehidupan seperti biasa selama setahun tepat, raya tahun lepas. Sempat arwah berpuasa tanpa rasa seksa yang ...

1 |  2 Next >> 


Ikut kapasitor



admin blog