Strict Standards: Non-static method Pager::factory() should not be called statically in /home/kapasito/public_html/weblog/category.php on line 122
  • Mencari pelakon untuk sketsa di Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

    Salam kepada semua warga Kapasitor. Penerbit buku JS Adiwarna akan menerbitkan sebuah buku Hikayat hang Tuah. Pelancaran buku tersebut akan diadakan pada 5 Mei 2012 semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 di PWTC nanti. JS Adiwarna mahu mengadakan satu sketsa ringkas 10 minit di pentas utama PWTC nanti. Pelancaran turut dihadiri oleh para media, InsyaAllah. Jadi, kami memerlukan 2 orang pelakon lelaki dan seorang pelakon perempuan untuk melakonkan satu babak dalam cerita Hikayat Hang Tuah. Wang bayaran tidak dapat dijanjikan tetapi para pelakon akan diberikan baucar buku JS Adiwarna dan ada sedikit makan-makan sebagai tanda terima kasih. Sesiapa yang berminat atau ingin menimba ...

  • Kapasitor Mobile

    Assalamualaikum, Untuk pengetahuan anda semua, kami secara senyap-senyap sudah menyiapkan fasa 1 Kapasitor Mobile. Kapasitor Mobile adalah versi ringan dan simple untuk pengguna-pengguna smartphone di seluruh dunia. Oleh kerana kami sedar bahawa pengguna smartphone semakin ramai maka ramai yang akan berasa 'tidak selesa' jika hanya boleh melayari Kapasitor di web browser sahaja. (Incik Founder juga mengalami kesukaran untuk membaca karya di Kapasitor walaupon skrin beliau bagak besarnya :P) Definisi smartphone di sini adalah pengguna-pengguna telefon bimbit Iphone, Samsung, Nokia ataupun mana-mana pengeluar telefon yang menggunakan IOS atau Android atau Windows Mobile. Oleh itu, terimalah hadiah sempena ulang tahun Kapasitor ke-7. Ya, dah terlewat ...

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

    Di kesempatan ini kami ucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir & batin kepada semua warga kerja Kapasitor dan ahli-ahli Kapasitor. Berhati-hati apabila pulang berhari raya di kampung, elakkan menjadi statistik kemalangan hari raya ok?

  • Iftar Kapasitor 2011 pada 20 Ogos 2011 - KEMASKINI

    Iftar Kapasitor 2011 Ramadhan datang lagi! Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan bulan yang mulia ini kepada warga Kapasitor sekalian. Setiap kali datangnya Ramadhan, maka tradisi setiap tahun bagi warga Kapasitor berulang kembali iaitu majlis Iftar Kapasitor. Tahun ini kita buat sedikit perubahan ya? Kita bahagikan majlis iftar kita kepada 3 sessi: Sessi Bergambar Sebelum kita berbuka puasa.. apa kata kita meriahkan jadikan hari ini lebih istimewa dengan sessi bergambar terlebih dahulu! Sessi bergambar kali ini akan dikelolakan oleh saudara zinggof. Anda perlu datang dengan baju raya anda tahun lepas. Baju raya tahun ini sila simpan dahulu takut kena berak burung ...

  • Kapasitor di DiGi WWWOW Awards. Undi sekarang!

    Eh, anda semua sudah tahukah belum? Kapasitor telah dicalonkan untuk kategori 'Best Internet For Good Award' untuk DiGi WWWOW Awards. Kenapa kategori ini? Wah, mestilah mesti kategori yang ini kerana kapasitor bagus: 1. untuk berkongsi bakat. 2. 'kedai buku' dengan pelbagai jenis bahan bacaan. 3. tempat bersosial yang mempunyai panduan yang bagus. 4. tempat meluah perasaan melalui karya. 5. ada pertandingan yang menarik. 6. dan yang akhir sekali pastilah RUMAH CARI JODOH. Kan bagus tu? Bagaimana cara mengundi? Bangun pagi-pagi, hidupkan komputer dan pergi mandi. Tunaikan solat Subuh (kepada sesiapa yang berkenaan), log masuk Facebook dan pergi ke laman ini. Pergi ke kategori 'Best Internet For Good Award', klik ...

  • Fleksibiliti dalam Berkarya

    Fleksibiliti dalam Berkarya Tahun lepas saya ada berjanji untuk menaiktaraf Kapasitor kepada yang lebih baik. Kalau ikutkan kepada tajuk blog saya Kapasitor v5: siri 1 (http://www.kapasitor.net/weblog/post/138) ada saya letak beberapa screenshots yang berkaitan. Sesungguhnya, janji itu tidak tinggal janji. Yang masalahnya adalah kekangan masa  dan tanggungjawab. Saya tak boleh seharian berada di depan komputer dan menelaah Kapasitor lalu mengabaikan kerja-kerja-kerja-kerja yang lain. Dengan berstatus suami dan ayah sekarang ni, tanggungjawab tu dah semakin banyak dan menuntut lebih banyak komitmen saya. (Tidak, saya tidak komplen. Alhamdulillah saya diberi rezeki dan tanggungjawab seperti yang ada sekarang ni. Saya cuma beritahu aje) Ok! Teruskan! Apakah itu fleksibiliti dalam ...

  • KapaSTORE: Pasarniaga Karya Kreatif Kapasitor

    Assalamualaikum kepada semua, Secara senyap-senyap, kami menambahbaik antaramuka Kapasitor supaya kelihatan lebih segak dan lebih mudah dilayari. Sesuai dengan umurnya yang sudah masuk tahun ke-6, jadi memang patutlah kami menambah dan membuang mana-mana yang patut dan yang tidak patut. Setelah 6 tahun menjadi platform untuk berkarya, maka tahun ini Kapasitor mahu bergerak maju ke hadapan dengan memulakan platform untuk menjual karya. Maka lahirlah KapaSTORE, Pasarniaga Karya Kreatif. Apa maksud Pasarniaga Karya Kreatif? Pasarniaga Karya Kreatif KapaSTORE memberi peluang kepada pengkarya-pengkarya di Kapasitor untuk menjual karya masing-masing. Karya-karya ini termasuklah puisi, cerpen mahupun novel. Untuk permulaan ini, kami menerbitkan dan memasarkan ebook yang ditulis oleh ...

  • Sedikit Screenshot Sejarah Kapasitor

    Salam kepade sume admin team, Kapasitorian mahupun bukan. Rasenye dah lame saye tak muncul di Kapasitor. Semenjak berurusan dengan warga asing kolar putih, kerja2 semakin banyak. Jadi mase kepade internet adelah terbatas di waktu kerja. Ok tak perlu lah saye belebih2, sekadar ingin berkongsi dengan Kapasitorian sekalian, posting screenshot website kapasitor dari awal sehingge yang termampu. Kudos kepade waybackmachine. Screenshot yang di kongsi, hasilnya tidaklah segempak design asalnya. Tetapi sekadar mengembalikan zaman nostalgia di sebalik screenshot ini. Maaf pada kualiti yang teruk, maaf pada icon & images yang missing, kerna ianya di ambil dari waybackmachine.Click image to enlarge. ...

  • Selamat Hari Jadi ke-6 Kapasitor

    Entri ini dihantar pada 2hb Februari. Terlewat 2 hari dah tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan: SELAMAT HARI JADI KE-6 KAPASITOR! Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Terima kasih kepada Allah yang memberi rezeki dan menguatkan semangat dan azam kami untuk terus mengelolakan Kapasitor. Di kesempatan ini aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua yang memeriahkan Kapasitor ini dari tahun pertama hingga ke tahun ke enam ini. Dari zaman belajar di kolej kini sudah bekerja. Dari zaman bekerja di syarikat A sekarang dah berpindah ke 3 syarikat lain. Dari baru bertunang sampai dah dapat 2-3 orang anak dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat beberapa perubahan di Kapasitor: 1. ...

  • Meletak Iklan di Kapasitor

    Anda ada produk atau servis yang mahu diiklankan? Apa kata iklankan produk atau servis anda di Kapasitor dengan bayaran dari serendah RM50 untuk 100,000 impressions! Maknanya: Iklan anda akan ditatap oleh pengguna-pengguna di Kapasitor sebanyak 100,000 kali! Dengan bayaran RM50, berbaloi-baloi bukan? Di sini kami sertakan statistik Kapasitor pada bulan Ogos 2010: Kami mempunyai 3 pakej untuk pengiklanan di Kapasitor: Pakej A: Saiz banner 300x250 (RM120/100,000 imp) - rujuk gambar di atas Pakej B: Saiz banner 120x600 (RM80/100,000 imp) - rujuk gambar di atas Pakej C: Saiz banner 125x125 (RM50/100,000 imp) - rujuk gambar di atas Bayaran tambahan RM20 akan dikenakan jika anda memerlukan khidmat kami untuk ...

1 |  2 |  3 |  4 |  5 |  6 |  7 |  8 |  9 |  10 Next >> 


Ikut kapasitor



admin blog