Youtube untuk penulis? Ya. Kapasitor Widget telah dilahirkan semula setelah dihentikan pembikinannya untuk hampir setahun. Ketika sedang pening kepala menyiapkan beberapa kerja sampingan di rumah, saya terpanggil untuk menyiapkan kembali Kapasitor Widget ini.
Sungguh mudah menggunakan widget unik ini. Jika anda tahu menggunakan embed code dalam Youtube, maka cara yang sama digunakan untuk menempelkan widget ini pada web atau blog anda. Hanya copy dan paste embed code yang disediakan (sila rujuk screenshot) dan anda boleh memaparkan karya-karya dalam Kapasitor ke web atau blog anda.
p/s: Hanya terhad kepada puisi Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia buat masa sekarang ;)
Chaosdreamer telah menambahbaik nilaian dalam seksyen puisi dalam ketiga-tiga bahasa. Anda boleh menilai dengan lebih mudah sekarang, hasil kerjatangan chaosdreamer Sang Dewa jquery. Nilaian telah diubah kedudukannya di atas Komen. Harap anda semua boleh menggunakannya dengan lebih baik lagi. Rujuk screenshot di bawah:
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login
Kapasitor: Weblog
Kapasitor Weblog is blog written by the administrators. In here, you can find about latest development in Kapasitor, new features, tips and tricks, and almost everything else about Kapasitor.