Paintball & Piknik bersama ahli Kapasitor

Aktiviti: Paintball & Piknik bersama ahli Kapasitor
Tempat: Kem Motivasi Alang Sedayu
Kehadiran: jojo, njay, cahatomic, rearrange, uculer, babymilo, rama_rama, rizzy, qaqa, eewa, pijat2, dayya, syud, aida, akma, ahmad2007, zinggof, paper_cat, adlina, amir, farah, izzati & ema.

Hari Ahad 7hb Mac berlalu dengan pantas dan penat. 23 orang yang hadir ke aktiviti luar Kapasitor memang berkobar-kobar semangat mereka. Seawal 8 pagi sudah ada yang tiba di Shell yang dijanjikan. Sekitar pukul 9 pagi (setelah semua tiba) maka kumpulan pertama bergerak menyusuri jalan raya menghala ke kem motivasi alang sendayu di belakang Universiti Islam Antrabangsa Gombak.

Selepas parkir kereta dan memunggah barang-barang, kumpulan pertama ini bergerak ke kem. Sampai di sana, terus makanan dibuka dan dihidang. Ya, perut perlu diisi sebelum memulakan aktiviti yang lain. Kebetulan, kumpulan kedua juga tiba. Selepas kumpulan kedua tiba di kem, aktiviti suai kenal dimulakan dengan dikepalai oleh ketua aktiviti Saudara Syahar Azizan.

Masing-masing sudah kenal antara satu sama lain? Bagus! Taklimat untuk aktiviti paintball dimulakan. Pada ketika ini kumpulan ketiga tiba. Selepas selesai taklimat, kami memanjat bukit untuk ke tempat permainan. Manakala ahli-ahli lain yang tidak menyertai permainan paintball mula bergerak menuju ke sungai.

Permainan paintball selesai lebih kurang pukul 1 begitu, kami bergerak turun ke tempat berkumpul pagi tadi. Selepas puas membelek tangan, kaki dan punggung melihat jika ada kesan lebam, maka kami berpindah ke sungai untuk menyertai baki ahli kumpulan yang lain.

http://www.kapasitor.net/images/paintball/1.jpg

http://www.kapasitor.net/images/paintball/2.jpg

http://www.kapasitor.net/images/paintball/7.jpg

Setelah berendam & makan lagi untuk sekian kalinya, sekali lagi saudara ketua aktiviti menjalanan satu permainan lagi iaitu permainan Mafia & Orang Kampung. Menarik permainannya! Bayangkan ahli-ahli yang bermuka innocent (seperti Reena dan Aida) cuba “membunuh” orang kampung yang nakal-nakal seperti Farah, Qaqa, Rearrange dan Rizzy.

Selesai 2 pusingan permainan Mafia & Orang Kampung, kami mula mengemas untuk pulang dan berjalan kaki ke kenderaan masing. Terima kasih kepada seluruh ahli akvitivi kali ini. Yang datang dari jauh dan dekat kita sama-sama kenal-mengenal dan rapatkan silaturahim.

p/s: Qaqa dan Zinggof akan memberi cadangan untuk aktiviti seterusnya di Melaka, kan? 

(Gambar adalah sumbangan paper_cat & akma, terima kasih kepada anda berdua)


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor



admin blog