Sekitar Gerai Kapasitor Selama 3 Hari di Youth Malaysia 2010 @ PWTC

Salam semua,

Alhamdulillah, telah selesai 3 hari berkampung di PWTC untuk Youth Malaysia 2010. Acara yang sungguh hebat! Terima kasih kepada penganjur terutamanya kepada Danny Rozaidi yang banyak membantu Kapasitor dari awal penganjuran hingga ke saat akhir.

Hari pertama

Bangun lambat! Aku dan isteri (njay) bergegas ke PWTC dengan berbekalkan roti dan air mineral. Akibat tekun menyiapkan bahan-bahan untuk pameran, maka kelam kabut juga apabila sampai di sana. Danny juga sudah telefon beberapa kali. Sampai sana saja, tanpa lengah terus mengangkut barang. Mujur juga sehari sebelum acara ini bermula, sudah ada beberapa barang sudah berada di gerai.

Kapasitor diletak dalam bahagian Discovery Festival. Di sini, semua perkara yang melibatkan seni ada misalnya Juxta Art yang membuat lukisan yang sungguh halus dan mewarna di atas batu. Pixel Playground pula antara lain membuat stencil dan menjual Chocoholic (cup cake cokelat yang berwarna-warni)

Hari ini juga merupakan hari pertama berlangsungnya Pertandingan Puisi SMS! Menulis Puisi dalam 160 aksara merupakan satu cara kreatif bagi menyampaikan perasaan kita dengan bantuan teknologi mobile. Ramai yang menyahut cabaran ini dan proses penilaian sedang dijalankan sebelum keputusan akhir diumumkan pada 3hb Jun 2010.

http://lh5.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuMSyV3EI/AAAAAAAADL8/Uqq_PlVVdHA/_DSC0435.JPG

Zinggof sedang menerangkan sesuatu kepada pengunjung

http://lh3.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuLbXT6KI/AAAAAAAADL0/AEPaukHpWr0/_DSC0425.JPG

Posing daripada abang-abang gagah (cahatomic & loca) dan si genit jelita (nutsdecoco)

http://lh4.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuMjvz0PI/AAAAAAAADMA/xxmdgeaqSZk/_DSC0437.JPG

Cahatomic bersama Hasnizam, co-founder KREAM

Hari Kedua

Bahan pameran bertambah lagi pada hari kedua. Orang semakin ramai membanjiri Discovery Festival. Sesak kali ini dan suasana sudah mula bertukar menjadi hingar bingar. Aku sudah mula terasa sakit tekak kerana terlalu ramai yang datang ke gerai Kapasitor (bising sangat, aku kena terangkan sambil menjerit :P)

Pun begitu, suasana di sini memang happening dengan Kickboxing dan FND Mindspot yang membawa dam ular, catur, jengga dan bola kertas gergasi! Hahaha.. sempat juga aku dan caha curi tulang dan bermain bola kertas (kalah 2-0 dengan caha, bedebah! :p)

http://lh6.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuNlYV3II/AAAAAAAADMI/4hCCyQE8wMs/_DSC0452.JPG

Uculer yang tiba-tiba bengang dan mula menunjukkan kemampuan beliau

http://lh4.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuPPkFRZI/AAAAAAAADMQ/1uVDAOUpx7Y/_DSC0459.JPG

Zinggof yang petah menarik pengunjung

http://lh6.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuSpCpm0I/AAAAAAAADMw/chWU4zxE2Rw/_DSC0496.JPG

Kurusawa & Rizzy yang turut memeriahkan dan menggamatkan gerai

http://lh3.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuQ531SbI/AAAAAAAADMg/B-r7JSJaa4Q/_DSC0473.JPG

Akma datang untuk turut membantu, yey!

Hari Ketiga

Hari terakhir dan merupakan sorotan yang terpenting untuk Kapasitor di mana hari ini memuatkan persembahan daripada ahli-ahli Kapasitor. Rebelliben, Syud & Kurusawa tampil memberikan persembahan yang bertenaga terutamanya Kurusawa yang bersuara rock kapak seterusnya berjaya menarik perhatian seorang wartawan NST untuk diwawancara. Persembahan Kapasitor diakhirkan oleh Persatuan Gendang Gemala Kasturi yang berjaya menggamatkan dewan dengan bunyi gendang mereka dan serunai. Tahniah kepada semua yang terlibat dengan persembahan!

Aku dengan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan gerai Kapasitor terutamanya kepada yang terlibat dengan persembahan! Nikmati gambar-gambar di sini atau boleh terus ke album gambar Picasa.

Aku dengan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan gerai Kapasitor terutamanya kepada yang terlibat dengan persembahan! Nikmati gambar-gambar di sini atau boleh terus ke album gambar Picasa.

http://lh6.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuTuH1lAI/AAAAAAAADM8/yM2Y5yixZRs/_DSC0514.JPG

Gerai sudah bertukar rupa setelah di-pimp oleh Kurusawa & Zinggof

http://lh6.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuVWsSo8I/AAAAAAAADNM/3IQUvKhVRLs/_DSC0531.JPG

jojo berposing bersama karya beliau

http://lh4.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuXV3kAhI/AAAAAAAADNc/DJzp-2vb2-g/_DSC0543.JPG

Syud & Mosh sudah tiba memberi sokongan

http://lh3.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuZ71tSBI/AAAAAAAADNs/kkGPJ0ejmyw/_DSC0557.JPG

Persembahan Rebelliben

http://lh4.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALubUdgZAI/AAAAAAAADOA/UCJFuGQyuN0/_DSC0569.JPG

Rebelliben & Syud

http://lh5.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALudvbEd6I/AAAAAAAADOQ/MEUsHpzVPss/_DSC0583.JPG

Kurusawa

http://lh5.ggpht.com/_IyIq_CTNBUM/TALuec1Z9SI/AAAAAAAADOY/jH291EnA5Vc/_DSC0590.JPG

Kumpulan Gendang Gemala Kasturi menghangatkan dewan dengan kenyaringan serunai


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

The Beach House

Jack Mullen is a driven student of the law. His brother Peter is a servant ...
Price: RM 10.00


admin blog