Kapasitor v5: siri 1

Kapasitor ini masih mentah, baru berumur 5 tahun. Tetapi, tahun depan sudah menjangkau ke usia 6 tahun. Kalau mengikut sukatan pelajaran di Malaysia, Kapasitor sudah boleh masuk ke kelas Tadika.

Mengasuh, mendidik, membelai, memanja dan melihat jatuh bangun Kapasitor sejak dari hari pertama hingga ke hari ini, aku dapat rasakan perlunya perubahan demi perubahan saban tahun. Maaf kerana tidak dapat membuat perubahan pada Kapasitor pada umurnya yang ke-5. Namun begitu, umurnya mencecah 6 tahun depan, Insya Allah kita dapat melihat banyak perubahan dan kematangan Kapasitor berkat bimbingan, teguran dan cadangan daripada ahli-ahli Kapasitor sendiri.

Maka, tulisan kali ini adalah mahu berkongsi dengan anda semua antara perubahan yang bakal berlaku pada Kapasitor yang kami gunakan nama “Kapasitor v5” sebagai kod namanya. Beribu-ribu barisan kod telah ditukar, dikemaskini dan ditambah semata-mata untuk kami lahirkan satu platform yang benar-benar bertindak sebagai pemangkin dan penggalak kepada usaha, bakat dan istiqamah pengkarya semua.

Dimulakan dengan fungsi Dashboard.

http://www.kapasitor.net/images/kapasitorv5/dashboard_v5_450.png

(klik imej untuk gambaran lebih besar)

Beberapa perubahan dan penambahan baru. Dashboard akan kelihatan lebih kemas dan senang digunakan. Ruangan atas kanan digunakan sebagai shortcut kepada my.K, tukar avatar, muat naik gambar dan kemaskini profil.  Ruangan status pula memudahkan anda mengemaskini buah fikiran anda. Karya-karya terbaru dapat anda ikuti dengan blok baru dibawah status itu.

Menghantar karya.

http://www.kapasitor.net/images/kapasitorv5/post_cerpen_450.png

(klik imej untuk gambaran lebih besar)

Di sini terdapat banyak perubahan baru. Perhatikan bahawa anda boleh memilih sama ada anda mahu kritikan terhadap karya anda, hanya suka-suka menghantar karya mahupun sekadar berkongsi. Dengan ini, insya Allah tidak timbul isu seperti kritikan yang tidak kena pada tempatnya.

Karya juga boleh mempunyai lebih daripada satu genre. Misalnya, anda boleh menghantar karya cinta-thriller atau eksprimental-satira. Atau cinta-thriller-eksperimental-satira. Ini bagi membolehkan susunan di Kapasitor benar-benar mengikut intipati karya anda.

Penambahan baru juga terdapat bagi seksyen ini. Pengkarya boleh mengawal sama ada karya mereka itu dibolehkan untuk dikomen, dinilai, direkomen!! atau direviu. Dan bagi menghalang anda daripada menghantar karya yang mempunyai hakcipta, anda perlu tick pada kotak di bawah sekali sebelum anda menghantar karya.

Komuniti

http://www.kapasitor.net/images/kapasitorv5/komuniti_450.png

(Klik imej untuk gambaran lebih besar)

Beralih ke seksyen komuniti. Di sini, beberapa penambahan dan pengubahsuaian telah dibuat. Antaranya adalah menambah beberapa fungsi baru iaitu Editor’s choice dan Channel.  Dengan ini, hanya tulisan blog yang sesuai sahaja akan dipaparkan dan mendapat highlight. Tulisan blog yang tidak sesuai akan diletakkan di bawah. Komuniti juga akan diurai kepada beberapa bahagian mengikut bahasa, mengikut editorial dan mengikut Channel. Channel adalah perlu bagi mengumpulkan blog-blog yang mempunyai tema yang sama misalnya “10 tentang diri anda”.

Banyak lagi perubahan dan penambahan yang akan berlaku dalam Kapasitor v5. Aku tak mampu nak tunjukkan semuanya sementara waktu ini. Tapi, insya Allah perubahan ini akan memberi halatuju yang lebih baik kepada ahli-ahli Kapasitor.

Tahun depan Kapasitor akan memulakan satu konsep baru yang dipanggil Ekosistem Kapasitor. Apa itu Ekosistem Kapasitor? Nantikan susulan kepada tulisan ini untuk lain waktu :P

*ya, aku mengharapkan maklumbalas daripada anda semua demi menjayakan platform Kapasitor v5 dan Ekosistem Kapasitor yang akan merancakkan lagi industri seni di Malaysia, Insya Allah.


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Teori Pavlov Si Syaitan

Teori Pavlov Si Syaitan adalah ebook koleksi cerpen tulisan Aishah Aziz atau dengan nama Kapasitornya ...
Price: RM 5


admin blog