Sekitar Seminar Borak Foto Bersama Saiful Rizal

Seminar Borak Foto Bersama Shaiful Rizal di FnD Mindspot TTDI telah selamat selesai diadakan pada Sabtu (31 Julai 2010). Program yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah usaha sama antara Eyerich Creative dan Kapasitor sebagai pengisian dalam seksyen Kapasitor Artwork. Alhamdulilah, seramai 13 orang peserta telah hadir dalam sesi kali ini. Dan sememangnya mereka tekun dan fokus dalam mempelajari teknik, tips dan pengalaman saudara Shaiful Rizal dalam photo-journalism.

http://www.kapasitor.net/images/borakfoto/1.JPG

Bermula dengan taklimat pembukaan oleh saudara Johari, majlis kemudiannya diserahkan kepada Saudara Shaiful Rizal. Menjelang tengah hari, sesi berhenti sebentar untuk makan tengah hari dan solat. Seminar seterusnya bersambung selepas itu.

http://www.kapasitor.net/images/borakfoto/2.JPG

Rata-rata peserta sememangnya selesa dan berpuas hati di sepanjang seminar ini berlangsung. Sesi soal jawab, pertanyaan dan foto kritik dipergunakan sebaiknya oleh para peserta yang jumlahnya adalah rendah.

http://www.kapasitor.net/images/borakfoto/3.JPG

Kami; Eyerich Creative dan Kapasitor yakin para peserta telah mendapat banyak ilmu dan pendedahan hasil daripada pengalaman saudara Shaiful Rizal. Terima kasih dan syabas kami ucapkan kepada para peserta yang begitu aktif di sepanjang seminar.

http://www.kapasitor.net/images/borakfoto/4.JPG

Program sebegini akan bersambung selepas selesai Hari Raya. Sila ikuti perkembangan aktiviti-aktiviti di Kapasitor di sini.

Terima kasih ;)

 http://www.kapasitor.net/images/borakfoto/5.JPG

paktam85 cuba mencuri pandangan umum :P

http://www.kapasitor.net/images/borakfoto/6.JPG

Sesi rehat digunakan secukupnya!

 http://www.kapasitor.net/images/borakfoto/7.JPG

Bergambar kenangan sebelum bersurai


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor



admin blog