Selamat Datang: Naquib Nawfal bin Muhammad Johari

Assalamualaikum,

Dengan ini diumumkan kedatangan ahli termuda Kapasitor yang lahir-lahir terus signup sebagai ahli seumur hidup. Dengan wajah yang comel dan menyerupai ibunya (njay) dan kesaktian ayahnya (jojo), maka dengan ini saya dengan penuh rasa syukur (dan linangan air mata melihat kehebatan sang isteri) memperkenalkan kepada anda:

Naquib Nawfal bin Muhammad Johari bin Rahmad bin Mohd Ali bin Omar

Berjantina lelaki dan lahir pada 7:40 malam pada 26 Oktober 2010, beliau dilahirkan di Hospital Sungai Buloh.

Syukur! alhamdulillah.

Naquib Nawfal bin Muhammad Johari

Dan saat yang paling membuatkan aku terharu adalah apabila membisikkan azan, iqamat, zikrullah dan selawat pada telinga beliau. Selsema hidung disebabkan air mata yang terlalu banyak tumpah pada malam tadi.

Syukur ya Allah.

Terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebaikan dan keselamatan kami sekeluarga.


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

I Know What You Did Last Summer

It was only an accident -- but it would change their lives forever. Last summer, ...
Price: RM 5.00


admin blog