Selamat Hari Jadi ke-6 Kapasitor

Entri ini dihantar pada 2hb Februari. Terlewat 2 hari dah tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan:

SELAMAT HARI JADI KE-6 KAPASITOR!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Terima kasih kepada Allah yang memberi rezeki dan menguatkan semangat dan azam kami untuk terus mengelolakan Kapasitor.

Di kesempatan ini aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua yang memeriahkan Kapasitor ini dari tahun pertama hingga ke tahun ke enam ini. Dari zaman belajar di kolej kini sudah bekerja. Dari zaman bekerja di syarikat A sekarang dah berpindah ke 3 syarikat lain. Dari baru bertunang sampai dah dapat 2-3 orang anak dan pelbagai lagi.

Selain itu, terdapat beberapa perubahan di Kapasitor:

1. Seksyen cerpen di Bahasa Melayu telah dikemaskini sedikit.

i) 100 Cerpen Terbaik 2010, 2009, 2008 dan 2007

ii) Cerpen paling banyak dikomen 2010, 2009, 2008 dan 2007

iii) Arkib cerpen; koleksi cerpen-cerpen di Kapasitor pada tahun 2010, 2009, 2008 dan 2007

iv) Cerpen-cerpen yang direkomen

v) cerpen-cerpen yang menyertai Pertandingan Cerpen Bertema

2. Seksyen puisi Bahasa Melayu juga sudah dikemaskini seperti di atas

3. Seksyen puisi dan cerpen English sedang dalam proses kemaskini.

4. Capaian (link) ke seksyen Bahasa Melayu dan English sudah diletak menu tanpa perlu klik kepada "creative content".

5. Peluasan kawasan bacaan untuk seksyen puisi, cerpen dan blog di komuniti

6. Dan beberapa benda yang kecil-kecil tapi terlalu teknikal untuk diterangkan di sini.

Harapannya, segala yang dikemaskini akan memberi kesan yang lebih baik kepada pembaca-pembaca di Kapasitor. 2011 ini insya Allah akan jadi lebih baik daripada tahun 2010 dengan lebih banyak penaik-tarafan yang akan dilakukan peringkat demi peringkat.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih kepada semua orang yang memberi inspirasi kepada kami untuk terus bekerja keras.

Semoga Kapasitor terus maju dan terus relevan dalam kehidupan kita sehari-sehari. Amin


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

The Beach House

Jack Mullen is a driven student of the law. His brother Peter is a servant ...
Price: RM 10.00


admin blog