Assalamualaikum kepada semua,
Secara senyap-senyap, kami menambahbaik antaramuka Kapasitor supaya kelihatan lebih segak dan lebih mudah dilayari. Sesuai dengan umurnya yang sudah masuk tahun ke-6, jadi memang patutlah kami menambah dan membuang mana-mana yang patut dan yang tidak patut.
Setelah 6 tahun menjadi platform untuk berkarya, maka tahun ini Kapasitor mahu bergerak maju ke hadapan dengan memulakan platform untuk menjual karya. Maka lahirlah KapaSTORE, Pasarniaga Karya Kreatif.
Apa maksud Pasarniaga Karya Kreatif?
Pasarniaga Karya Kreatif KapaSTORE memberi peluang kepada pengkarya-pengkarya di Kapasitor untuk menjual karya masing-masing. Karya-karya ini termasuklah puisi, cerpen mahupun novel. Untuk permulaan ini, kami menerbitkan dan memasarkan ebook yang ditulis oleh ahli-ahli Kapasitor. 4 ebook yang dihasilkan adalah:

Urusan Seri Paduka Baginda
 Sketsa Syahdu
 Antara Benua
 Teori Pavlov Si Syaitan
Dijual dengan harga RM5 (murah gila weh!), platform ini mengikut kesesuaian dan teknologi moden dengan menawarkan ebook untuk pelbagai peranti seperti komputer, iphone, ipad, tablet dan telefon android serta blackberry.
Yang menariknya adalah, karya-karya ini dijual kepada semua orang (bukan kepada ahli Kapasitor sahaja). Oleh itu, sokonglah karya-karya rakan anda di Kapasitor kerana dengan sokongan anda insya Allah mereka dapat berkarya dengan lebih baik lagi.
Ayuh! Mulakan pembelian pertama anda di KapaSTORE; Pasarniaga Karya Kreatif Kapasitor |