Fleksibiliti dalam Berkarya

Fleksibiliti dalam Berkarya

Tahun lepas saya ada berjanji untuk menaiktaraf Kapasitor kepada yang lebih baik. Kalau ikutkan kepada tajuk blog saya Kapasitor v5: siri 1 (http://www.kapasitor.net/weblog/post/138) ada saya letak beberapa screenshots yang berkaitan.

Sesungguhnya, janji itu tidak tinggal janji. Yang masalahnya adalah kekangan masa  dan tanggungjawab. Saya tak boleh seharian berada di depan komputer dan menelaah Kapasitor lalu mengabaikan kerja-kerja-kerja-kerja yang lain. Dengan berstatus suami dan ayah sekarang ni, tanggungjawab tu dah semakin banyak dan menuntut lebih banyak komitmen saya.

(Tidak, saya tidak komplen. Alhamdulillah saya diberi rezeki dan tanggungjawab seperti yang ada sekarang ni. Saya cuma beritahu aje)

Ok! Teruskan!

Apakah itu fleksibiliti dalam berkarya?

Dalam konteks Kapasitor sebagai jaringan sosial untuk karya kreatif, fleksibiliti dalam berkarya bermaksud kebolehan anda dalam mengawal karya anda. Kapasitor memperkenalkan 4 ciri-ciri baru:

  1. Mengawal reviu; bagi mengawal karya anda sama ada boleh direviu atau tidak
  2. Mengawal rekomen; bagi mengawal karya anda sama ada boleh direkomen atau tidak
  3. Mengawal komen; bagi mengawal karya anda sama ada boleh dikomen atau tidak
  4. Mengawal nilaian; bagi mengawal karya anda sama ada boleh dinilai atau tidak

http://www.kapasitor.net/images/fleksibiliti-dalam-berkarya/fleksibiliti-dalam-berkarya.gif

Dalam seksyen puisi Bahasa Melayu

http://www.kapasitor.net/images/fleksibiliti-dalam-berkarya/fleksibiliti-dalam-berkarya2.gif

Dalam dashboad Kapasitor

Oh! Ciri-ciri ini hanya ada pada seksyen puisi Bahasa Melayu sahaja setakat ini. Nanti saya kemaskini supaya seksyen lain juga dapat manfaat yang sama.

Genre karya lebih daripada satu

Karya anda juga boleh masuk dalam lebih daripada satu kategori/genre. manalah tahu anda mahu menghantar karya patah hati & agama, ye tak?

Tujuan menghantar karya

Sebelum ini berlaku pelbagai polemik tentang karya-karya di Kapasitor. Sebenarnya, setiap tahun polemik yang sama akan berlaku. Pertembungan antara pemikiran, budaya, pengetahuan dan pengalaman membuatkan kami berpendapat adalah perlu supaya tujuan menghantar karya ini diketengahkan.

  1. Untuk dikongsi; ini adalah tujuan paling asas dalam Kapasitor. Oleh itu, komen-komen yang dihantar hendaklah dalam nada santai sesuai dengan kehendak pengkarya. Anda tidak digalakkan menghantar komen-komen serius dalam karya-karya sebegini.
  2. Untuk dikritik; ini adalah bagi pengkarya yang mahukan kritikan membina dalam komen-komen yang dihantar. Anda tidak digalakkan untuk menghantar komen-komen santai dalam karya-karya sebegini

Itu saja? Ada lagi

Dashboad Kapasitor juga sudah dinaiktaraf kepada sesuatu yang lebih kemas.

http://www.kapasitor.net/images/fleksibiliti-dalam-berkarya/fleksibiliti-dalam-berkarya3.gif

Tentang status 26life

Saya ada terbaca status ahli Kapasitor ini. Dia kata: aku taip dalam blog.aku tekan send.terus keluar skrin login semula.aku login semula.semua yang aku tulis hilang.apasal?

http://www.kapasitor.net/images/fleksibiliti-dalam-berkarya/fleksibiliti-dalam-berkarya4.gif

Jawapannya adalah pada framework Kapasitor yang lemah. Inilah antara benda yang perlu diperbaiki dalam Kapasitor v5 tetapi masih belum dapat dilaksanakan. Untuk pengetahuan anda, masalah ini masih belum diselesaikan sehingga kini.

Oleh itu, saranan saya adalah supaya anda menulis dahulu di komputer anda dan selepas siap baru anda hantar ke Kapasitor. Harap kebodohan saya ini dapat dimaafkan.

Selamat berkarya!

 


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Urusan Seri Paduka Baginda

Urusan Seri Paduka Baginda adalah koleksi cerpen tulisan Johari Rahmad dari tahun 2007 hingga 2011
Price: RM 5


admin blog