Kapasitor di DiGi WWWOW Awards. Undi sekarang!

Eh, anda semua sudah tahukah belum? Kapasitor telah dicalonkan untuk kategori 'Best Internet For Good Award' untuk DiGi WWWOW Awards.

Kenapa kategori ini? Wah, mestilah mesti kategori yang ini kerana kapasitor bagus:

1. untuk berkongsi bakat.

2. 'kedai buku' dengan pelbagai jenis bahan bacaan.

3. tempat bersosial yang mempunyai panduan yang bagus.

4. tempat meluah perasaan melalui karya.

5. ada pertandingan yang menarik.

6. dan yang akhir sekali pastilah RUMAH CARI JODOH.

Kan bagus tu?

Bagaimana cara mengundi? Bangun pagi-pagi, hidupkan komputer dan pergi mandi. Tunaikan solat Subuh (kepada sesiapa yang berkenaan), log masuk Facebook dan pergi ke laman ini. Pergi ke kategori 'Best Internet For Good Award', klik pada 'Order Result by Top Entries' dan pada hari ini, kapasitor sudah berada di tempat ke 7.

Undian masih dibuka, kalau tak silap hingga 20 Jun 2011. Hanya satu undian dibenarkan setiap hari. Jadi, tunggu apa lagi?

p/s: Oke tak tulis macam ni? :D


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

I Know What You Did Last Summer

It was only an accident -- but it would change their lives forever. Last summer, ...
Price: RM 5.00


admin blog