Iftar Kapasitor 2011
Ramadhan datang lagi! Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan bulan yang mulia ini kepada warga Kapasitor sekalian. Setiap kali datangnya Ramadhan, maka tradisi setiap tahun bagi warga Kapasitor berulang kembali iaitu majlis Iftar Kapasitor. Tahun ini kita buat sedikit perubahan ya?
Kita bahagikan majlis iftar kita kepada 3 sessi:
Sessi Bergambar
Sebelum kita berbuka puasa.. apa kata kita meriahkan jadikan hari ini lebih istimewa dengan sessi bergambar terlebih dahulu! Sessi bergambar kali ini akan dikelolakan oleh saudara zinggof. Anda perlu datang dengan baju raya anda tahun lepas. Baju raya tahun ini sila simpan dahulu takut kena berak burung (mana tahu kan?)
Sessi iftar & house warming
Perubahan tahun ini adalah kita akan adakan majlis iftar kita di rumah Ketua Pengelola Bahasa Melayu iaitu saudara Syahar! Sang Pengantin baru ini menjemput kita datang sambil membuat house warming seadaanya. Iftar ini berkonsepkan pot-luck, maka anda digalakkan untuk membawa apa yang patut untuk kita berbuka bersama-sama.
Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, maka sesi house warming tidak dapat diteruskan. Kita akan beriftar di Selera Putra berdekatan dengan SOUQ (rujuk peta:http://wikimapia.org/437799/Selera-Putra)
Sessi Terawih
Oleh kerana ada surau dalam jarak berjalan berhampiran rumahnya masjid Putra berhampiran, bolehlah kita tunaikan solat terawih selepas itu. Namun begitu, jika ada yang mahu pulang awal maka kami tidak akan membantah cuma kami tidak jamin anda selamat daripada digigit oleh anak saya yang peramah itu :P tidak mengapa ;)
Baiklah, di bawah adalah rincian aktiviti iftar Kapasitor 2011:
KEMASKINI!
Sessi Pertama – Bergambar di Putrajaya! Tempat: Di hadapan Masjid Putra Tarikh: 20 Ogos 2011 Masa: 3:00 – 5:00 petang Tema: Pakai baju raya anda!
Sessi Kedua – Iftar Tempat: Selera Putra Tarikh: 20 Ogos 2011 Masa: 5:30 – 8:00 malam
Sessi Ketiga – Solat Terawih Tempat: Masjid Putra, Putrajaya Tarikh: 20 Ogos 2011 Masa: 8:30 – 10:00 malam
Ayuh kita sertai majlis iftar Kapasitor 2011! Sila ajukan sebarang soalan di ruang komen di bawah ya? ;)
|