Kapasitor Mobile

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan anda semua, kami secara senyap-senyap sudah menyiapkan fasa 1 Kapasitor Mobile. Kapasitor Mobile adalah versi ringan dan simple untuk pengguna-pengguna smartphone di seluruh dunia. Oleh kerana kami sedar bahawa pengguna smartphone semakin ramai maka ramai yang akan berasa 'tidak selesa' jika hanya boleh melayari Kapasitor di web browser sahaja. (Incik Founder juga mengalami kesukaran untuk membaca karya di Kapasitor walaupon skrin beliau bagak besarnya :P)

Definisi smartphone di sini adalah pengguna-pengguna telefon bimbit Iphone, Samsung, Nokia ataupun mana-mana pengeluar telefon yang menggunakan IOS atau Android atau Windows Mobile.

Oleh itu, terimalah hadiah sempena ulang tahun Kapasitor ke-7. Ya, dah terlewat hampir sebulan tapi apakan daya :D

Kapasitor Mobile


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Key of Valor

Zoe McCourt\s new friends and business partners Mallory Price and Dana Steele have already found ...
Price: RM 10.00


admin blog