Mencari pelakon untuk sketsa di Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

Salam kepada semua warga Kapasitor. Penerbit buku JS Adiwarna akan menerbitkan sebuah buku Hikayat hang Tuah. Pelancaran buku tersebut akan diadakan pada 5 Mei 2012 semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 di PWTC nanti. JS Adiwarna mahu mengadakan satu sketsa ringkas 10 minit di pentas utama PWTC nanti. Pelancaran turut dihadiri oleh para media, InsyaAllah.

Jadi, kami memerlukan 2 orang pelakon lelaki dan seorang pelakon perempuan untuk melakonkan satu babak dalam cerita Hikayat Hang Tuah.

Wang bayaran tidak dapat dijanjikan tetapi para pelakon akan diberikan baucar buku JS Adiwarna dan ada sedikit makan-makan sebagai tanda terima kasih.

Sesiapa yang berminat atau ingin menimba pengalaman berlakon boleh PM saya (kamalia). Terima kasih :)

p/s: Storyline ditulis oleh En. Ikhwan


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Red Rabbit

Long before he was President or head of the CIA, before he fought terrorist attacks ...
Price: RM 8.00


admin blog