Aspirasi dan Inspirasi Bukan Kontroversi

Rasanya, sudah lama kita tidak bersua muka. Kalau selama ini hanya berbalas komen dan pendapat di ruang maya, apa kata kali kita berjumpa pula di Urban Village pada 30 Jun 2012 bermula daripada jam 2 petang hingga 5 petang. 

Acara yang akan dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut: 

2.00 - 2.10 petang - Pembukaan majlis dan bacaan doa
2.10 - 2.20 petang - Kata aluan
2.20 - 2.30 petang - Sesi suai kenal
2.30 - 3.00 petang - Ramah mesra
3.00 - 3.40 petang - Sesi Inspirasi
3.40 - 5.00 petang - Bebas 

Untuk sesi Inspirasi, kita menjemput beberapa orang untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang masing-masing. 

Muhammad Johari bin Rahmad (jojo) - pengasas Kapasitor, dan beliau akan berkongsi pengalaman beliau dalam Kapasitor dan bagaimana beliau menggunakan kepakaran IT beliau sehingga boleh bersara awal untuk bekerja sendiri. 

Khairul Hafiz bin Abdul Rahmad (serunaifaqir) - penulis professional dan juga pengelola Astaka Villa Aksara yang menyediakan pelbagai bengkel seperti bengkel menulis skrip, contohnya. 

Kami berharap para tetamu yang datang akan lebih mengenali antara satu sama lain malah dapat sama-sama mendapat manfaat daripada aktiviti yang bakal berlaku pada hari tersebut. 

Sampai jumpa pada hari tersebut!

Rujuk peta:http://goo.gl/maps/gNdm


Share!
Permalink | Top

komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

The Last Vampire 3

Alisa and her former FBI partner, Joel, learn of a government plan to capture them ...
Price: RM 3.00


admin blog