helpHelpfeedbackFeedback  Register
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.

Kapasitor Weblog >

cahatomic
Kapasitor Kembali! Tapi..
Posted by: cahatomic at 21/11/2007, 12:47:39 PM

Salam.

 

Ampun dan Maaf saya dahulukan mewakili seluruh barisan administrator Kapasitor.Net di atas krisis downtime selama 6 hari (15-21 Nov) yang melanda baru-baru ini. Juga, jutaan Terima Kasih kepada saudara Jojo yang bertungkus-lumus membangunkan semula Kapasitor dari lenanya

Buat yang tertanya, krisis yang tidak diingini tersebut disebabkan dari penggunaan sumber server yang berlebihan. Kapasitor yang bernaung bersama 300 web lain di dalam 1 server tunggal kini telah mencapai kemuncak potensi dari segi penggunaan tenaga pemprosesan.

Dalam kami cuba mencari jalan bagaimana mahu merempuh kekangan yang membenteng potensi laman web ini, saya ingin membuka peluang bagi dermawan, anak baik hati kepada dermawan mahupun kenalan mulia kepada seorang dermawan yang rasanya mahu menyumbang barang seketul dua bantuan kewangan bagi menaiktarafkan hosting Kapasitor.Net.

Penaikan taraf ini bakal membolehkan Kapasitor beroperasi lebih efisien, terutama sekali bila laman versi ke-4 dilancar suku pertama tahun hadapan.

Untuk memudahkan urusan, sumbangan bolehlah dihulurkan dari sekecil-kecil RM10 hinggalah ke sebesar-besar bangunan GOOGLEPLEX sebiji dedicated server. Caranya? HUBUNGI kami di donation@kapasitor.net !

Bagi yang tiada kemampuan menyumbang, hey, jangan risau. Laman ini masih percuma buat anda : )

 

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Kapasitor: Weblog
Kapasitor Weblog is blog written by the administrators. In here, you can find about latest development in Kapasitor, new features, tips and tricks, and almost everything else about Kapasitor.
Learn more

achievement


iklan