Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Rozana Cinta '87
- hassanayat
- 17 years ago
- 2,384
Filem arahan Nasir Jani ini amat berbeza dengan filem-filem melayu yang lain yang rata-ratanya bersifat 'conventional'. Kerana itulah saya secara peribadi mengklasifikasikan filem Rozana Cinta '87 ini sebagai sebuah filem eksperimen.
Filem ini bukan sahaja menjadikan watak Rozana (Bibiana Layola) sebagai objek penceritaan utama, tetapi filem ini juga turut sama menceritakan tentang suasana ekonomi dan sosial di Malaysia pada tahun 1987.
Malaysia ketika itu diserang kegawatan ekonomi yang teruk gara-gara inflasi. Din (Helmi Hussaini), kerana kesukaran mendapat kerja tetap memilih untuk berniaga t-shirt di Pasar Seni di Kuala Lumpur. Din juga menjadi vokalis sebuah band yang akan menyertai satu pertandingan muzik.
Fesyen belia Malaysia di penghujung 80an juga turut dirakam di dalam filem ini apabila Din dan rakan-rakannya memilih untuk berseluar jeans ketat dan berkasut Aliph.
Nasir Jani juga mungkin adalah pengarah pertama di Malaysia yang menceritakan tentang hubungan sesama jenis. Nomi (Erma Fatima) digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai perasaan cinta terhadap Rozana.
Kisah cinta 3 segi diantara Din, Nomi dan Rozana ini amat menghiburkan. Dan akhir kata daripada saya - filem Rozana Cinta '87 ini adalah sebuah perakam masa yang baik.