Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Personal: Semalam Aku Pergi Menembak Part 1 of 2.

 

1. Pengenalan.

Kelmarin, waktu lagi 10 minit waktu habis pejabat, aku dimaklumkan seorang anggota.
"Encik Syahar. Nanti ada latihan menembak di lapang sasar pangkalan. Encik pergilah sertai!"
"Bila tu?" Kataku bersahaja. 

Padahal hati sudah sangat euforia. Menembakkk? WOOWWWW!

"9 dan 10 haribulan." 
"Ooo.." Aku mengangguk-angguk macamlah tarikh tu masih jauh.

"Eh, kejap. 9hb tu bukan esok ke?"
"Hehe. Ak ah." Dia sengih.

Oh, kenapa tak bagitau lusa je?

Aku lirik jam. Dah petang sangat ni. Orang pun tak ada kat pejabat. Siapa aku nak ajak esok. Aku bukan tau jalan ke sana. 

Pangkalan tu dahlah premis pencil berkeselamatan tinggi. Aku pula, tak berapa gemar berurusan dengan pengawal yang bertugas di premis pencil dan berkeselamatan tinggi ni.

"Encik pergilah dengan Suzana. Dia pun pergi. Dia boleh tunjukkan jalan." Anggota tadi bagai faham apa yang aku gusarkan.

Suzana. Satu-satunya gadis muda belum berkahwin yang terdapat di tingkat ini. Beliau berkongsi bangunan pejabat dengan berpuluh-puluh lelaki yang gemar menyakat dirinya. Mungkin kerana beliau manis. Sekian.

"Dia aje ke yang pergi? Laki lain tak ada?" Nada aku agak keberatan. Bimbang puluhan lelaki yang gemar menyakat dirinya itu cemburu lalu bertindak menjadikan kantung warisanku sasaran tembak esok.

"Ada, Abu. Tapi rumah Abu dah dekat dengan pangkalan. Abu akan terus ke sana."
"Oh. Kalau macam tu, baiklah." Kataku pasrahrela. Hiks.

Setelah aku beritahu Suzana aku nak pergi pangkalan dengan beliau esok. Aku pun pulang.

 

2. Di lapang sasar.

Pagi itu aku sampai awal.

Sementara menunggu platform menembak disedia, anggota-anggota yang hadir dari seluruh pelusuk wilayah ralit berbual. Bertanya khabar dan berlelucon. Lain pangkalan, lain cerita yang ingin dikongsi. Suzana juga sudah hilang, girang bertemu rakan-rakan seambilan.

Aku bersalam dengan beberapa anggota. Sekejap kawanan ini. Sekejap lagi aku ke kawanan lain. Berkenalan, beramah mesra. Ada yang aku kenal - terlalu sikit. Ada yang aku tengok familiar - mesti sepejabat tapi lain tingkat. Ada juga yang langsung tak pernah aku lihat lubang hidungnya - besar kemungkinan dari pangkalan negeri lain.

Tapi semua pun aku buat-buat kenal.

"Encik Syahar!" Panggil seorang pegawai atasan berbalak tiga di bahu. Aku mendekat lalu menyalam beliau dan seorang lagi pegawai di sebelahnya yang aku tahu adalah atasan juga berdasarkan gayanya walau tanpa seragam.

"Macam mana kerja? Okey?" Tanya si pegawai atasan tanpa seragam.

Aku senyum. "Okey je."
Inilah yang susah menjadi diri aku. Aku tak berapa kenal orang. Tapi orang kenal aku. Ehceeeey. Taklah, mereka ada beratus kan. Aku mana nak hafal semua. Mereka mudahlah ingat, aku cuma seorang.

"Bila nak ke pangkalan KT ni, kat sana dah kritikal." Kata si pegawai lagi. Wah, hebat juga beliau. Siap tahu aku bakal diekspot keluar ke KT. Walhal inilah kali pertama aku berjumpa. 

"Itulah, hari tu saya ada jumpa ketua pangkalan tu waktu beliau ke sini. Tapi HQ belum siapkan lagi surat perpindahan saya. Ada masalah teknikal sikit." Aku bercerita. Teringat pertemuan singkat dengan Komander Termizi minggu lepas, ketua pangkalan KT. Sekadar berbual dua baris tiga.

Pelik sikit raut wajah mereka dengar jawapan aku.

"Kamu duduk kat pejabat wilayah pun, tak banyak kerja. Tak ada apa sangat nak dibelajar. Di KT baru boleh belajar sambil buat kerja terus." Pegawai atasan bercalit tiga di bahu pula menambah. Beliau pun hebat. Siap tahu bidang tugas aku di sana nanti. Tahu apa yang baik untuk aku. Memang pegawai atasan yang cekap. Siapa kata penjawat awam tidak kompeten?

"Komander Termizi pun kata macam tu jugak minggu lepas." Aku sengih.

Sekali lagi kedua-dua pegawai tu macam  terpinga dengar jawapan aku.

Aku ni, kadang geram juga diminta cepat-cepat ke KT. Bagilah aku duduk Kuantan ni lama sikit. Aku ni orang KL, duduk KT nanti sah-sah susah nak balik dah. Uwaa!

"Bila kamu dah kat sana.. kamu seronok nanti. Taknak balik KL dah."
Erk? Motiff?? Kenapa orang kat sini semua macam boleh baca isi hati aku ah? Aku ni mudah diramal sangat ke?

Selepas berbual beberapa ketika, pegawai lapang sasar pun mengumumkan sesi akan bermula. Kami mula bergerak ke arah platform.

Aku merapati Suzana.

"Ana, yang pegawai calit tiga tu nama apa eh. Tadi kemain saya berbual lupa nak tanya nama dia."
"Mana? Tu?" Suzana menuding.
"Ak ah."

"Oh, tu Komander Termizi..." Suzana berlalu meninggalkan aku yang terkaku.

HAHH??

Moral: Kenalilah orang atasan anda. Terutama yang berkait terus.

 

 

Baca perbualan