Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Al fatihah buat Yasmin ahmad

 

Sedang leka mengadap laptop, aku diberitahu oleh adik tentang berita Pengarah Filem yang selalu menimbulkan kontroversi Yasmin Ahmad  yg telah kembali ke rahmatullah. Seingat aku satu-satunya filem yang berjaya aku tonton sampai habis ialah Mukhsin.
Karyanya ringkas sepertimana mesej yg cuba disampaikan menerusi Muksin, cinta agung zaman kanak-kanak. Ada yg memandangnya sangat kecil, tiada apa yang boleh dibanggakan.Sedang sebenarnya Yasmin berjaya membaja rasa kasih sesama insan. Sepet juga begitu, kaya dengan unsur kasih sayang.

Kagum dengan beberapa iklan Petronas yang berjaya mencuri hati ramai. Tak kisahlah untuk hari kebangsaan mahupun bilamana tibanya hari perayaan. Penuh emosi.

Dialah PEMIKIR agung untuk melahirkan karya-karya bermutu.

Al fatihah buat beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin

Baca perbualan