Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bila Hati Rasa Pedih. Lu Perlu Balas Dendam

 

Entri ini disedut daripada blog saya: Indoktrinasi

Penampilan seseorang sebenarnya tidak mencerminkan apa-apa. Baik yang berduit atau yang takde duit buat-buat macam banyak duit. Atau yang miskin atau yang ada duit tapi buat-buat miskin. Kita tak boleh ceroboh dan menebak personaliti orang macam tu saja. Apa lagi bila kita cuma nampak personalitinya di dalam paper atau internet. Misalnya. Tak pernah jumpa depan-depan. Tegur. Bagi salam. Salam cium tangan. Salam peluk-peluk. Mintak diskaun.

Tapi bila kita selak-selak paper. Terserempak pulak 2 muka yang dia punya. Kita tengok dia berdiri dalam gambar penuh bergaya. Berwawasan. Cemerlang. Ekslusif. Bergaya. Tabah. Dan segala jadah berbentuk kegemilangan lah. Mesti kita rasa, Ah, mangkuk ni memang berhati besar.

Itu bila kita tengok gambar.

Tapi manusia fitrahnya sama, brader. Sekali sekala hati boleh jadi kecik. Sekali sekala fikiran boleh jadi stuck. Perasaan boleh jadi down. Mana boleh nak jadi positif setiap masa. Ha! Ini pun salah satu antara sebab kenapa saya rasa nak meludah bila ramai sangat orang perseorangan yang mengaku boleh bagi kaya dengan hanya menggunakan minda. Syaratnya bayar yuran. Kemudian minda perlu positif. Berkawan dengan orang-orang yang positif. Supaya cas-cas elektrik pada tubuh jadi positif. Kemudian kamu kaya.

Kalau tak kaya maknanya kamu gagal memositifkan minda kamu. Sila bayar yuran lagi untuk seminar selanjutnya.

Kepala atok dia.

Di negara ini. Cara paling cepat nak menjana pendapatan juta-juta adalah dengan mengelentong orang melayu. Betul. Orang melayu paling pemurah bab-bab seminar menjana pendapatan juta-juta untuk tukang buat seminar.

Ok. Berbalik kepada bab penampilan tadi. Personaliti pun boleh jugalah. Dalam diri dia yang tahap keyakinan dirinya boleh buat orang baling batu bila dia bagi statement filem dia boleh generate 40 juta.

Rupa-rupanya tau jugak nak layan kecik hati.








Keh keh keh!

Baca perbualan