Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kenapa Saya Tak Suka MLM

  • syud
  • 11 years ago
  • 4,589

 

Untuk berhujah secara hebat, I'm not that hebat pon. Tapi, untuk memberikan buah fikiran dari kepala otak yang comel ini, saya rasa saya mampu. Kot? HAHA

 

Siapa tak nak kaya? Saya rasa semua orang dalam dunia ni nak kaya. Tak ada orang nak hidup miskin melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Tak ada orang nak pergi kerja pukul 8, balik pukul 5, pastu overtime lagi. Pastu hujung bulan bayar hutang. Believe me, no one. :)

 

Hari ni, saya terTipu terTipah. Hari ni saya ke satu seminar. Pastu semua orang dalam tu meluap-luap. Semua duduk menyebut 'HEBATTT! HEBATTTT!!' :))

 

Seminar yang saya hadiri menjanjikan 30K dalam masa 3 bulan. Ewah. Bunyi macam sedap tapi speaker sendiri cakap; bukan semuanya akan berjaya. Orang yang berjaya adalah orang yang sanggup dalam satu hari edarkan 3K flyers. Orang yang sanggup bawak kereta, angkut prospek, cerita blablabla sampai saliva kering.

 

Soalan pertama saya; anda sanggup?

 

Orang yang berjaya dalam MLM adalah orang yang sanggup meredah lautan bergelora demi mencari downline. HAHA. Yes. Untuk kaya anda kena ada downline. Basuh-basuh mereka so that angkutlah produk pelajaran demi masa depan anak-anak. Supaya skor UPSR 9A, PMR 15A, SPM 31A! Fuh hebat hebat. Murah je kak, satu hari tak sampai $1.09 pon. Demi masa depan anak-anak. Berapa sen jelah. Janji diorang skor exam!

 

Soalan kedua saya; kalau anda beli. Anak buat tak homework from internet tu?

 

Kalau buat, Alhamdulillah. Anda beruntung dapat anak yang punya inisiatif untuk jadi cerdik pandai. Belilah produk tu demi masa depan anak. So that anak boleh buat latih tubi berjuta-juta kali dalam sehari.Harap-harap bila dah lepas SPM boleh buat MBA, bina business yang betul-betul business supaya tak perlu buat rangkaian MLM.

 

Soalan ketiga; kalau tak buat, Nak buat apa dengan produk tu?

 

Dahlah ada tawaran beli 2 tahun PERCUMA 3 tahun. Oh cemerlangnya anak-anak zaman kini. Hari-hari buat latih tubi dari internet. Bagusnya. Kalau tahun pertama je rajin? Tahun kedua ketiga? Kita jual balik produk tu boleh tak? :D

 

Bukan semua anak akan rajin buat. Meskipon nanti result latih tubi dihantar terus menerusi SMS. Kalau anak anda jenis main internet untuk game je. HAHA memang harapan jelah. Kenapa orang zaman dulu (zaman saya) boleh je cemerlang periksa tanpa produk skor MLM ni?

 

Sebab; ada kemahuan untuk berjaya dalam pelajaran. Kalau dalam hati budak tu sendiri malas. Maka produk IT ini sangatlah tak berbaloi. Saya suka buku lebih. Kalau menulis lagi cemerlang. Percayalah

 

Soalan keempat; apakejadahnya skor periksa kalau lepas tu kita boleh kaya dengan MLM?

 

Target mereka sangat bagus. Market mereka adalah budak-budak sekitar 19 ke atas. Budak-budak Universiti memang berjiwa kental. Mereka nak kaya waktu muda. Nak RX-8, Nak Mazda, Nak BMW 8-series. Lagipun market Universiti kan besar, ramai kawan. Ajak satu fakulti. Pastu ramai-ramai tak payah dah sambung U. Jom ramai-ramai cari downline!

 

Buat apa masuk U kalau lepas tu nanti terpaksa kerja makan gaji? Berpenat-penat? Gaji ciput kerja nak mati? Baiklah join MLM, dah dapat downline nanti upgrade jadi super. Dah super kaya raya waktu tu siapa yang condemn MLM ni boleh tutup mulut dan putih mata. :)

 

Saya tak membangkang MLM sepenuhnya. Bagi saya memang betul MLM boleh buat orang kaya, dengan syarat; usaha & minat.

 

TAPI;

 

1) Apa guna anda ada degree tapi kemudiannya anda tak nak salurkan pada profession anda semata-mata sebab $$$? Money can't buy you anything in the hereafter.

 

2) Kalau anda punya banyak kawan.Yang sumpah SANGAT SANGAT BANYAK dan pandai influence orang, silakan. Tapi jangan berjanji bukan-bukan semata-mata nak tambah downline. Lepas tu maki-maki sebab downline patah semangat. Mereka bukan patah semangat.Mereka cuma tak ada influence sehebat kamu. :)

 

3) Ada ke pergi cakap; 'kalau gawat ekonomi orang boleh berhenti kerja, tapi ada tak yang berhenti sekolah? TAK ADA kan? Ibu bapa rela bergolok gadai demi pendidikan anak-anak' Heh iyalah tu. Pastu yang engkau pergi promote MLM apsal? Tak payah suruh anak tu berpenat-penat belajar, skor periksa. Suruh je diorang tolong anda edar flyers, letak diorang bawah downline anda. Huhu untung-untung. Satu keluarga jutawan!

 

4) Internet. How awesome it is, bukan semua manusia menggunakan kehebatan dia untuk belajar. Budak zaman sekarang lagi suka guna untuk; cari awek/pakwe, download hedonisme, download cerita lucah, baca gossip. Kan? Kalau betul diorang nak belajar. Tak payah susah-susah, BH ada sisipan pelajaran. Siap ada portal pendidikan. Past year questions? Berlambak-lambak jual kat kedai buku tu. Cuma antara rajin ataupun tak je.

 

Kadang-kadang saya sangat wonder. Betul ke nak tolong orang? Ke nak tolong kikis duit orang je? Dalam berjuta-juta yang join, 800 je jadi kaya? HAHA memang lah. Yang dah upgrade jadi upline. ;)

 

Kalau betul nak tolong keluarga, anjurkanlah satu family guna satu akaun je. Sharing is caring, kan?

 

Wallahualam.

Baca perbualan