Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Karya Kamu Ditolak Penerbit?
- serunaifaqir
- 13 years ago
- 12,441
Apa perasaan apabila karya ditolak oleh sesebuah syarikat penerbitan? Kecewa? Sudah tentu. Memang penolakan karya adalah suatu yang amat mengecewakan terutama bagi mereka yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang penulisan. Tetapi umumnya, mana-mana penulis pada awal pembabitannya akan menerima pengalaman yang sebegini. Tapi percayalah, sebenarnya itu adalah liku-liku dalam menuju kejayaan, Insya-Allah.
Saya selalu kata kepada rakan-rakan yang baru menulis, Welcome to real world. Inilah realiti dunia penulisan yang sebenarnya; meski kedapatan mereka yang menyalah tanggap perkataan saya ini. Tapi itu tidak mengapa. Saya terpanggil untuk menulis entri kali adalah kerana terbaca kisah seorang penulis yang karyanya ditolak sebanyak 61 kali oleh pelbagai syarikat penerbitan, dan juga yang lain sebelum berjaya. (rujuk sini)
Mari kita lihat senarai mereka :
The Help - Kathryn Stockett : 61 kali penolakan
Dune - Frank Herbet : 13 kali penolakan
Philosopher's Stone - JK Rowling : 14 kali penolakan
Auntie Mame - Patrick Denis : 17 kali penolakan
Jonathan Livingstone Seagull - Richard Bach : 18 kali penolakan
A Wrinkle In Time - Madeline L'Engle : 29 kali penolakan
Carrie - Stephen King : 30 kali penolakan
Gone With The Wind - Margaret Mitchell : 38 penolakan
A Time To Kill - John Grisham : 45 penolakan
The Tale Of Peter Rabbit - Beatrix Potter : ditolak oleh semua penerbit hingga menerbitkannya sendiri.
Louis L'Amor (penulis lebih dari 100 novel) - 300 kali penolakan sebelum buku pertamanya dicetak
John Creasy (penulis 564 novel misteri) - 743 kali penolakan sebelum buku pertamanya dicetak
Ray Brabdury (penulis lebih 100 novel) - 800 kali penolakan sebelum buku pertamanya dicetak
Jadi, cuba kita lihat, di manakah kita? Adakah kita pernah mengalami semua ini? Atau hanya baharu beberapa kali sahaja karyanya ditolak dari diterbitkan. Semuanya bergantung pada penulisan, sebagai ikhtiar dan berserah kepada Allah yang akan menentukannya. Namun jangan sesekali berputus asa dalam mencari kejayaan. Kejayaan tidak datang bergolek, kebahagiaan tidak datang menyerah. Usaha tanpa mengenal jemu, itulah rahsianya dan doa yang tidak putus-putus.
Rujukan :
Wikipedia
Bangsawi
Anwar Holid (Goodread)
Harian Metro