Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah Kau dan Aku

 

Another cerpen versi malas (copy & paste) from my old blog. hehe..

klik sini untuk karya original

 

****************************

 

 

Aku tak tahu kenapa dengan kau akhir-akhir ni. Berubah sangat. Tak seperti engkau yang aku kenali dahulu. Kau sering pulang rumah lewat. Pulang lewat dengan pakaian yang tidak terurus, tanpa senyuman terpamer di wajah. Jelas..aku dapat lihat kau sedang dilanda masalah.

Mungkin tekanan di tempat kerja barumu. Tapi engkau tidak pernah menyuarakan apa-apa kepadaku. Tak pernah sekali pun kau luahkan masalah kau kepadaku. Mungkin benar tiada apa yang dapat ku bantu, tapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan masalahmu itu dapat meringankan beban yang kau tanggung seorang.

 

Tanpa sepatah kata, tanpa sekilas pandang, kau terus rebah di perbaringanmu dan terus terlena. Aku simpati melihatmu. Wajah yang penuh keletihan. Aku biarkan sahaja kau lena dibuai mimpi..

 

**************************************************************

 

 

Pagi tadi kau terlewat bangun. Kau salahkan aku kerana tidak mengejutkanmu. Memang biasanya sudah menjadi tugasku setiap pagi mengejutkanmu dari tidur. Tapi, pagi tadi aku juga tidak terjaga dari tidurku. Lagipun, aku tidak sampai hati hendak mengganggu tidurmu yang lena itu. Aku tahu akhir-akhir ni kau sibuk. Tidak cukup rehat. Pulang rumah sudah pukul 2-3 pagi. Pukul 8 pagi keesokan harinya sudah bersiap ke tempat kerja.

Kau benar-benar marah padaku nampaknya. Kau keluar dari rumah tergesa-gesa. Pintu rumah kau hempaskan, kuat. Aku tergamam, hanya mampu memerhati tingkahmu.

 

 

*************************************************************

Aku benar-benar tidak tahu yang hari ini adalah hari penting bagimu. Rupanya kau ada perjumpaan penting dengan pelangganmu pagi tadi. Kau mengamuk dan berteriak di rumah mengatakan ‘client' kau lari. Ah, aku tidak faham.. Aku tak pernah tahu kehidupan di luar bagaimana. Tapi yang aku tahu, engkau benar-benar marah.

Aku yang tidak tahu apa-apa ini menjadi mangsa kemarahanmu. Kau herdik aku sepuasnya. Kau salahkan aku kerana pagi tadi aku tidak mengejutkan kau dari tidur. Kau tekan-tekan kepalaku..

" Bodoh!!! Engkau tak boleh diharap langsung.. Tau makan tidur saja.." Kau tengking-tengking aku. Aku hanya mampu membisu seribu suara, menahan sebak di dada. Memang salahku. Maafkan aku..

 

*************************************************************

 Hari ini satu hari engkau tidak pulang ke rumah. Sehari suntuk aku menunggu kau pulang, tetapi tiada tanda-tanda langsung yang kau akan pulang. Marah sangatkah kau padaku?

 

Perutku sudah mula berkeriut. Aku tidak menjamah apa-apa makanan sejak semalam. Cuma air kosong buat penghilang dahaga. Tiada apa untuk dimakan dirumah ini. Tiada makanan juga di dapur. Keluar? Aku tidak berani untuk keluar. Nanti lagi besarlah kemarahnmu kepadaku.

Kau sudah lupakah pada aku di rumah? Selama ini kau tidak pernah lupa untuk pulang ke rumah. Kau tidak pernah tinggalkan aku sendirian seharian seperti ini. Di mana agaknya kau berada..

 


*************************************************************


Matahari sudah memancar terik. Dari jendela yang terbuka sedikit itu dapat juga ku hirup udara dari luar. Sudah lama aku tidak keluar dari rumah ini. Aku rindukan suasana di luar. Aku rindukan udara segar di luar. Aku sudah hampir terlupakan bagaimana indahnya biru langit itu, bagaimana cantiknya kerlipan bintang. Kau kurung aku di rumah besar ini. Aku pun sudah terlupa sudah berapa lama. Tapi aku tidak pernah merungut. Kau berikan aku segalanya. Kau buat aku lupa pada dunia luar dengan kasih sayangmu. Kau buat aku gembira dengan belai manjamu. Aku tahu, sebagai balasan inilah pengorbanan yang perlu aku lakukan untukmu. Aku akan setia ‘menjaga' rumah ini sepanjang ketiadaanmu.

Pintu depan di buka. Aku kegirangan.. Kau sudah balik.. Aku berlari-lari anak mendapatkanmu. Mungkin kau letih seharianan di luar.Aku sedia menghiburkan hatimu. Ini sudah menjadi tugasku, bukan?

 

*************************************************************

 Senak di perutku masih terasa. Inikah balasan yang patut ku terima? Apa lagi salahku? Sesuka hatimu kau sepak terajang tubuhku. Manusia jenis apakah engkau? Haiwan pun sayangkan anaknya.

Aku tak sangka kau sanggup berlaku kejam sebegini. Selama ini tidak pernah kau berkasar padaku. Kau bahagiakan aku dengan kasih sayangmu. Kaulah pelindung aku. Tapi kini kau benar-benar berubah. Aku nampak dirimu bukan kau yang dulu. Wajahmu tidak selembut dulu. Wajah yang dulu lembut, suci kini bengis dengan jambang yang tidak terurus.

Aku terlalu kecewa dengan sikapmu. Aku tak sanggup lagi bertahan, tinggal di rumah yang kini bagaikan penjara untukku. Aku harus pergi.. Tapi ke mana harusku bawa diri ini? Keluarga? Aku sudah tidak punya sesiapa.. Aku lupakan keluarga setelah aku kau bawa ke rumah ini. Rumah yang dulunya syurga telah bertukar menjadi penjara bagiku..

Aku harus pergi..Malam ini juga. Selamat tinggal, Fahmi..

 

 

*************************************************************

 

 

Fahmi bernyanyi-nyanyi kecil. Mimpi ngerinya sudah berakhir hari ini. 2-3 hari ini hidupnya tidak tentu arah kerana dipecat dari kerjanya. Dia sudah mendapat tawaran kerja yang lebih baik dari dulu.

"Miooowww...Putih..!! Manala kucing aku ni pergi?"

 

 

-TAMAT-

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) gile kejam. harapkan kucing kejut tido punctual :))
    meh sini nak sunat fahmi tu. grr grr.

    nice one! :)
  • 2) hahaha nyampah lah ko nih yunn.. aku ingat manusia. cis cis..

  • (Penulis)
    3) cahatomic,
    hehe.. kucing aku dulu ada yg pandai kejut bila time subuh.. hehe

    Nia,
    hehehe..
  • 4) huhu...sedey.....la...tp jarang ar jumpe lelaki yg suke kucing:p

  • (Penulis)
    5) my_ellye,
    lelaki yg suka kucing ni nmpk sgt penyayang kan?kan?hehe..
  • 6) haha...yer...sangat penyayang...:p
    er...adekah yang suke kucing disini?:p
  • 7) boleh kejut subuh? wow.
    memang kucing yang mengikut perangai tuan la kucing tu.
  • 8) hohoo..oloh sadisnyer cite..kucin oh kucin~~

    ni kes cam sketsa yg syud brlakon dinner hrtu ah..org bgun pagi marah2 org len sbb xkejutkan g keje~ *bgun ah sndrik!* ;p

    kucin kejutkan?? adekah dgn mmiao manja @ mncakar2 muka tuannye? =)

  • (Penulis)
    9) my_ellye,
    pasti ada punye la.. hehe.. malu nak ngaku la tu kot. hehe

    cahatomic,
    rumah dekat ngan masjd..bila azan je kucing tu pun bisingla skali.. biasanya sebab nak kluar buang air

    syud,
    ramai je jenis manusia yg suka salahkan org lain.. =)
    kucing kejutkan kadang2 miaoo kuat2 sampai pekak telinga, kalau tak berjaya dia urut2 badan/tangan..kalau tak bangun gak abisla ibu jari kaki kene gigit..hehe..
  • 10) "saya suka kucing!", sambil mengangkat tangan.
  • 11) cis, siri bercakap dengan kucing rupanya..

  • (Penulis)
    12) executablez,
    tandanya anda seorang penyayang.. (maaf, lama xbuka cerpen ni. xsedar ada komen lama xterbalas..)

    rebelliben,
    hehe..ye, bukan siri bercakap dengan puntianak ok?
  • 13) Hahaha, apalahahhh, nak tergelak baca

Cerpen-cerpen lain nukilan pinkyunki

Read all stories by pinkyunki