Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2)

 


Note : Cerpen ni masuk dalam kategori cerpen bersiri sebab tak cukup panjang (takde la sampai 30 episode kot..) untuk dilabelkan dalam kategori Novel. Harap maklum..



*******************************************************************************************************************



       " Hello.. "

       " Hello.. Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan cik Kiah? " Jawab suara dihujung talian.

       " Wa alaikum salam.. Awak ni salah nombor kot. Takde orang nama Kiah kat sini. " Aku membalas, kecewa. Kalau member aku call kan best.. Boleh sembang-sembang time cuti panjang macam ni. Bosan!

       " La.. ye ke? Kamu bukan cik Kiah? "

       " Bukan. Salah nomborla.. Kan saya dah cakap tadi.. " Aku mendengus, geram. Tak paham bahasa betul mamat ni. Dah salah nombor tu letak je la telefon..

       " Kalau kamu bukan cik Kiah, kamu ni mesti Elina.. Anak makcik Sarimah.. "


       Aku tergelak. Laa..dia ni ke?


       " Roslan ek? Takde keje ke? Yang cari cik Kiah tu apasal? Nak cakap dengan siapa sebenarnya ni? "

       " Dengan kamu lah.. cik Kiah takde. Cakap dengan kamu pun jadi la.. "


       Main-main lak budak ni. Sekeh kang..


       " Ada apa telefon? Mana dapat no telefon rumah saya ni? " Aku menanyakan soalan bodoh. Mestilah mak dia bagi, siapa lagi kan?

       " Saje nak telefon.. Ibu kami la yang bagi nombor telefon kamu. Kami merayu-rayu kat ibu kami pagi tadi. "


       Ha, kan betul.. Mak dia yang bagi..


       " Tak malu.. hehe.. Ni apa kami-kamu ni? "

       Lawak lak rasa bila dengar dia bahasakan diri dengan 'kami-kamu' ni. Selalunya kalau orang baru kenal, kita bahasakan diri dengan 'saya-awak'. Member kamceng, 'aku-kau'.. Kalau dah couple, errmm..macam-macam boleh. Tapi aku really against my own rules dengan 'mama-papa'. Belum kahwin dah mama-papa? Kang dah kahwin silap-silap boleh jadi *zihar. Bahaya..bahaya..


( Nota penulis : *zihar adalah hukum munakahat dalam Islam yang bermaksud menyamakan isteri dengan muhrim sendiri, eg: ibu )


       " Eh, kamu! Member kami dah sampaila.. Kami call kamu balik malam ni boleh? Tapi maybe lambat sket. Tengah malam kot.. "

       " Tengah malam? Nanti mak saya angkat macam mana? Dia saspek bukan-bukan karang, lelaki call saya tengah-tengah malam..." Aku menggaru dahi yang tak gatal.

       " Kami telefon cari cik Kiah. Kalau takde tu, salah nombor lah kot.. " Dia tergelak dihujung talian.

       " Suka hati kamu lah.. " Kamu? Aku pun dah terikut dengan cara dia bercakap. Kamu pun, kamulah..


..................................................................



       Jam 12.32am.


       " Krriinggggggggg!! "

       Aku tersentap. Call jugak budak Roslan ni. Nasib baik aku dah prepare awal-awal, slowkan volume telefon. Kalau tak, kompem terjaga satu rumah nanti.


       " Hello.. " Gagang telefon kurapatkan ketelinga. Ada rasa berdebar sket. Macam gayut ngan boyfriend lak tengah-tengah malam macam ni kan?

       " Hello.. cik Kiah? "

       " Kompiden nye kamu ni.. Mana kamu tau saya yang angkat? "

       " Ala.. kami tau. Kamu tunggu kami call kan? Kalau tak, takkan la 2 kali dering dah angkat? " Dia tergelak.


       Merah padam dah muka aku time tu. Nasib baik dia tak nampak. Kantoi!! Patut tadi tunggu 7 kali dering baru anngkat.. Baru afdal. Tapi, kalau mak aku angkat lak kang jadi satu hal lak nanti..


       " Tadi tengah online. Telefon ni dekat seblah PC saya ni je ha. " Cover line, cover.. huhu..

       " OooOoo.. Telefon tu dalam bilik kamu ke? Kalau macam tu, boleh la kami call kamu tiap-tiap malam.. "

       " Ha'ah.. Dalam bilik. Dah tutup lampu dah. Tadi baru ingat nak tido.. " Cover baik punya. Jangan nampak sangat macam desperate..

       " Kamu, kamu.. Tunggu jap ek? Nak try buat loud speaker ni.."


( Nota penulis : Sila imagine cara dia cakap 'kamu, kamu' tu macam yang biasa kita sebut 'awak, awak..' Ada gaya manja sket. )


       " Hello.. hello.. Testing 1,2,3.. Kamu boleh dengar?? trreennnggg... "

       " Dengar. Loud and clear. Bunyi gitar ke tu? " Tiba-tiba aku jadi excited. Macam best je ni..


( Nota penulis lagi : Maaf. Saya tak pandai nak menzahirkan bunyi gitar tu dalam bentuk penulisan. Sila gunakan daya imaginasi anda ok? )


       " Petang tadi kami jamming ngan member-member kami. Dapat note lagu baru. Kamu nak dengar tak? "

       " Nak, nak!! Lagu apa? " Ye, betul. Aku sangat excited. Dah lama dah teringin nak ada member yang pandai main gitar ni.


       " Puan-puan dan tuan-tuan sekalian.. Dipersembahkan, Roslan!! dengan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Amuk.. Dengarkan.. Aku Mahu Pulang..!! Yea yeahh... ha, tepuk tangan cepat! "


       Aku tergelak. Aku dah duduk bersila sambil membelit wayar gagang telefon di jari.


       Tali gitar mula dipetik dihujung talian.


       ".. Gelap malam, pasti terang
       Sang mentari, pasti datang
       Kesesatan, perjalanan
       Rahmat tuhan, menentukan.. "


       Dia mula menyanyi. Aku tergamam mendengar suara dia. Oh my God.. Betullah orang ramai kata, lelaki tak hensem ni suara sedap!! Suara dia serak-serak basah sedikit. Tapi takde lah sekeras suara penyanyi kumpulan Amuk tu. Hurmm.. ala-ala suara Andy Flop Poppy kot.


( Nota penulis : Kalau korang dah lupa macam mana lagu kat atas tu, sila dengar sendiri. Klik sini untuk mendengar secara percuma. )


       Dia menyanyi sampai habis lagu tu. Memang best!

       " Amacam? Rock tak kami? "

       " Ala.. tak cukup rock lagi tu.. Kamu tau lagu apa lagi? Kami suka lagu Amuk yang satu lagi.. Lagu apa ek.. Suria ke apa.." err.. Sejak bila aku start pandai guna 'kamu-kami' gak ni?

       " Mana ada Suria! Lagu Matahari la.. Memandai je kamu ni.. " Dia ketawa mengekek.

       " Aaa..sama la tu Suria dengan Matahari.. " Aku tergelak sekali. Malu, malu.. Aku manala layan lagu Amuk sangat. Tau gitu-gitu je..



...............................................................


       Aku terkebil-kebil sambil tersenyum memandang siling rumah. Macam boleh tembus nampak bintang kat langit pulak bila pandang lama-lama siling tu. Selimut kurapatkan ke dada.


       Roslan. Kalau nak diikutkan, dia memang tak hensem pun. Bukan taste aku sangat la.. Bila dia berdiri, cuma tinggi dalam 7-8 cm dari aku. Aku suka lelaki tinggi. Bentuk muka dia agak bulat. Muka dia kurang bersih, ada kawah-kawah bekas jerawat umpama permukaan bulan. Kening kiri dia terputus sket sebab parut. Kulit gelap. Mata bulat. Badan agak berisi tapi just nice. Kalau peluk sedap kot.. Uuuu.. hehe

       Perbualan kami di telefon tadi meninggalkan sedikit kesan di hati aku. Dia ni peramah orangnya. Masa mula-mula kenal dia aritu pun, tak sampai 10 minit duduk dalam kereta aku sudah hilang rasa kekok. Kelakar. Suka buat lawak.. dan ada special value added - pandai main gitar!

       Dari lagu Amuk, kepada special request dari aku.. Lagu Viopipe, Butterfingers.. Aku paksa dia suruh goreng-goreng gitar sket.. Hahahaha... Kemudian lagu-lagu System of A Down.. Kemudian aku request lagu Silverchair pulak.. Seronok aku!! Nasib baik tak putus tali gitar dia tu.

       Sebelum panggilan telefon ditamatkan, dia mainkan lagu Cinta, Flop Poppy. Aku gak yang request. Nak bandingkan suara dia dengan Andy Flop Poppy tu..


       ..dan disebabkan lagu tu lah aku susah nak lelapkan mata aku ni. Masih terdengar-dengar lagi suara dia menyanyikan lagu tu dengan penuh perasaan. Lepas ni, kalau dia call lagi. Nak request lagu tu jadi lagu wajiblah! Nak suruh dia mainkan lagu tu tiap kali dia call. Harap-harap dia call lagi esok.. dan hari selepas esok.. dan hari-hari seterusnya..


".. Dan t'lah kunyayikan kau lagu cinta
Seindahnya sinar mentari
Seanggunnya sinar rembulan

Dan t'lah kunyayikan kau lagu rindu
Kerna sesungguhnya hati ini masih lagi
Lemas dalam kerinduan

Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Ku nyanyikan lagu ini

Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Ku nyanyikan lagu ini penawar rindu

Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap harinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan

Ini bukan yang pertama kalinya
Cinta kupergi.. "

 

 

..Seterusnya..

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) 30 episod BANYAK TU

  • (Penulis)
    2) saya cakap TAK SAMPAI 30 episod.. 5 episod pun kira masih tak sampai angka 30 lg.. betul tak?
  • 3) gile cute. hhuhu. aku xde pe nak komen. wah........... cerpen bersiri yang bakal menjatuhkan legasi TAM

  • (Penulis)
    4) mekaseh banyak2.. Banyak lagi nak betulkan ni. Masih dalam proses belajar. Perenggan pun lari sana-sini. TAM memang best! Tabik spring aaa.. hehe..
  • 5) hahaha..ala tomeinyer~~~ suke~ ble ah nk ade mamat call pastu nyanyi smbil men gitar~~*nota: bygkan syud terkebil2 dgn mata bersinar terang smbil tgn dirapatkan ke dagu~ ;p

    nape xkasi no hp? nape? *eh,gedik ah plak..wakakaa..next2 ble si roslan tu call kat hp~~ huhuu
  • 6) wa.....nak orng nyanyikan tuk hambe gak.....wa...bestnyer....cumelll!!!!!!;p
  • 7) perkembangan cerita teratur, penceritaan terasa lively. dialog pun sedikit ekstra kali ni :) good job pinki!

    comel la roslan ni. jenis-jenis yg syud suka. hehe.
  • 8) sy perasan, tiap kali hero cerita buat somthing cumel, tak kire hero mane, syud mesti tunggu orang lain nak buat bende cumel itu padanya..lala~

    cumel jugak la..tp xbrp mint ngn lagu2 n gitar2 kot.hee

    mice job pinky..name manje~

  • (Penulis)
    9) syud,
    suka hero tomei ye? hehehe.. mesti syud ni pun tomei orangnye.. psl hp tu, bakal dijelaskan later.

    my_elle,
    thanks! (prasan diri sndri yg cumell) hehehe

    cahatomic,
    thanks! silala bg tunjuk ajar..

    granger88,
    tenkiu!

    note: harap maaf, cerpen ni lambat sket update sbb ada problem ngan internet connection kat sini.




Cerpen-cerpen lain nukilan pinkyunki

Read all stories by pinkyunki