Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Senja di lorong gelap

 

I

 

Kipas usang itu berpusing ligat. Angin menerjah rakus ke mukanya yang sedang terbaring lesu. Sejuk terasa. Matanya pejam celik memandang ke atas. Sepasang cicak dilihat berkejar-kejaran menangkap serangga yang berkeliaran di lampu kalimantan yang tergantung kaku di bumbung bilik.

 

Dia bangun lalu menuju ke tingkap. Langkahnya perlahan. Gerimis di luar masih belum berhenti. Sebaik tingkap dibuka, angin malam yang dingin lembut menerjah masuk, menampar wajah lesunya. Dingin itu menusuk ke jiwanya yang telah lama beku.

 

Jalan Kelang Lama yang terbentang panjang, masih sesak dengan deretan kenderaan, jelas terlihat dari tingkap apartmentnya. Kesesakan sering berlaku, yang tidak tahu di mana penyudahnya. Hidup pun begitu, tapi perlu diteruskan.

.

Hatinya resah Rasa marah itu masih terus bermain-main di fikirannya. Malah semakin dikenang, makin membuka rasa marah di hatinya. Marah dan dendam yang lama terbuku di hatinya datang bertali arus. Hari ini kemarahan kembali menguji.
           

“Bang, ayah sakit.! Abang tak jenguh ayah ke? Sampai hati abang! Kalau apa-apa jadi pada ayah, abang jangan menyesal!” kata-kata Yati, adiknya berulang-ulang bermain di segenap ruang fikirannya.

 

”Ah, persetankan!” bisik hatinya.

.        

Dia merebahkan kembali tubuhnya ke katil bujang. Berkeriuk katil kayu usang itu. Katil tua yang telah sepatutnya diganti dengan katil baru yang lebih baik dan selesa. Katil inilah yang menjadi teman tidurnya. Walau pun usang dan sering mengeluarkan bunyi tiap kali dia mengolekan badannya, tidak terlintas di hatinya untuk menggantikan dengan yang baru. Bunyi bising itu tidak pernah mengganggu malah seringkali menjadi penghibur setia kala tidurnya.

 

Telefon yang terletak di atas meja di penjuru katil berbunyi. Dia hanya mematikan dirinya. Tidak langsung berusaha untuk bangun menjawab panggilan itu. Malah matanya dipejamkan. Deringan telefon langsung tidak diperdulikan.

 

Telefon terus berbunyi. Mohon dijawab. Dia hanya kaku, tidak bergerak. Masih terpaku memandang ke atas. Dia masih tidak bergerak, hanya matanya sahaja yang terkebil-kebil. Hatinya seolah-olah tidak terkesan langsung dengan bunyi telefon yang berterusan. Masih sabar orang di sebelah sana menunggu panggilan untuk dijawab.

 

“Biarkanlah dia berbunyi semahunya. Itu mesti Yati yang menelefon. Apa lagi yang hendak disampaikan selain dari melawati ayah di hospital” bisik hatinya.



II


“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan bahawa kira-kira 80 peratus daripada 10,000 'mak nyah' (pondan) adalah orang Melayu. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian tersebut, Chew Mei Fun perangkaan tersebut berdasarkan kajian seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia, Yik Koon Teh. …”


III

 

“Kau tau tak? Selama ni, hidup abang terseksa!” nafasnya bergerak-gerak, turun dan naik menahan kemarahan yang lama terpendam. Dendam yang kini jelas terzahir di wajahnya.

 

”Ayah kita tu kau tahu tak siapa? Dia tu pondan, makyah, bapuk!" jeritnya, bagai melepaskan pendaman di hatinya.

 

“Tak Kira siapa ayah sekali pun, dia tetap ayah kita.” balas adiknya. “Dia tetap ayah kita bang. Ayah kandung kita. Ayah cuma ada kita berdua je.”

 

 

Titisan air mata deras mengalir di pipi adiknya. Yati, adalah satu-satu adiknya,. Esakan itu meluluhkan hatinya. Melukakan hati adiknya samalah seperti melukakan hatinya sendiri.

 

Tapi api kemarahan itu masih meluap-luap. Dia memang tak akan memaafkan ayahnya. Sampai bila-bila pun tidak akan dimaafkan. Dendam itu diperamnya. Dia tidak mahu air mata adiknya melembutkan hatinya telah lama beku.

 

”Pasal ayahlah, ibu mati. Kau dah lupa ke Yati.” keluhnya perlahan. Dia mengeluh. Tidak berniat untuk berkasar dengan adiknya sendiri tadi. Ada gurisan kesalan di hatinya. Tapi dia memang tersiksa. Terlalu lama tersiksa hingga menjadi dirinya seorang yang memberontak.

 

”Abang tak akan maafkan ayah, walau apa yang terjadi.” bisiknya perlahan ke telinga adiknya. ”Abang dah cukup menderita dari sejak kanak-kanak hingga sekarang. Abang dihina kerana menjadi anak seorang pondan yang ayahnya boleh ditemui di lorong-lorong gelap kota ni.”

 

Kemarahannya memuncak apabila ibu akhirnya menjadi mangsa akibat HIV hasil dari pembawaan ayahnya sendiri. Malah kematiian ibunya langsung tak membawa apa-apa erti pada si ayah, malah terus hanyut dalam dunia sonsangnya di lorong gelap ibu kota

 

Bayangan sering dipermainkan rakan-rakan sekolahnya masih menebal. Malah ramai juga yang mengejek, konon dia akan turut mengikut jejak ayahnya menjadi pondan di lorong-lorong gelap.

 

”Jenguklah ayah di hospital bang, jenguklah walaupun untuk sesaat. Ayah tak punya banyak masa. HIV itu akan membunuh ayah! Dia dah nazak! Pergilah abang tengok dia cepat, mohon keampunan semasa masih ada waktu. Pergilah bang, demi kasih sayang abang pada Yati dan arwah mak.” rayu Yati lagi.

 

”Demi cinta abang pada arwah mak, pergilah bang.”

 

Dia hanya mendiamkan diri. Fikirannya menerawang jauh menembusi batas-batas langit kelam. Ada kata-kata yang ingin dilontar, kata-kata yang muktamat.

 

”Abang dah buang ayah jauh-jauh dari hidup abang!” katanya perlahan.



IV

 

Dia berdiri di situ, kaku. Merenung jauh lorong gelap ternama di ibu kota. Lorong gelap yang malamnya cukup meriah dan indah buat mereka yang memburu kenikmatan sonsang

.

Matanya melilau mencari susuk tubuh yang ingin ditemui.

 

Tiada!

 

Tidak mungkin. Dia pasti ayahnya mesti ada di sini. Mana lagi ayahnya akan pergi kalau tidak ke lorong-lorong gelap ini. Kata rakan-rakannya, ayah sentiasa ada di sini setiap malam minggu.

 

“Hai sayanggggg…..” terdengar surau garau yang dimanjakan menyapa dia.

 

Dia tersentak bila dipeluk oleh seseorang dari belakang. Secara keras dia menguraikan pelukan tu, lantas menolak seseorang hinggá terjatuh.

“Adooii!!!” suara lembut tadinya menjadi garang.

 

“Wooii.. jantan tak guna, ingat baik sangatlah tu. Kalau baik buat apa datang kat sini. Ini tempat pondan cari makan tau! Pergi kau berambus dari sini” seraya membaling sesuatu ke arahnya. Mujur dia sempat mengelak.

 

”Sudahlah Mak!! Jantan tu cari akulah. Dah kau pergi cari jantan lain.” satu suara yang seakan dikenali menyampuk. Susuk tubuh yang berambut panjang kekuningan dikenakan pula dengan skirt pendek biru, menarik tangannya ke satu arah. Puluhan mata memandang ke arah mereka berdua.

 

”Feewwiiittttt..!!! kedengaran siulan nakal dari kejauhan.

 

”Siapa yang suruh kau datang sini!” dia dijerkah kasar. Satu tamparan hinggap dipipinya.

 

”Ayah dah kata, kau jangan sesekali datang ke sini. Kau faham tak?”

 

Baru dia sedari, itu ayahnya. Di lorong yang gelap ini, memang langsung tidak dikenalnya bahawa itulah ayahnya. Malam minggu bagi ayahnya adalah suatu yang amat di nanti. Ketika itulah sifat jantan ayahnya akan hilang diganti sifat kelembutan yang tidak wajar.

 

”Ayah..! Apa ni ayah.. ayah tak malu ke pakai macam ni, tambah pulak dengan rambut palsu macam ni.? Cukuplah tu Ayah. Ayah tak insaf lagi ke atas apa yang berlaku pada Mak! Amin malu dengan sikap ayah ni.”

 

“Kau jangan nak mengajar aku. Siapa yang suruh kau datang ke sini malam-malam buta macam ni.” Ayahnya medengus. “Kau jangan nak ambil tahu apa yang ayah buat?”

“Sudahlah tu ayah, kita balik je la. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku selama ni. Tak payahlah ayah buat lagi kerja-kerja hina macam ni. Amin dah berkerja. Amin boleh jaga ayah!” Amin merayu pada ayahnya.

 

“Kau balik sekarang!!” jerit ayahnya.

 

“Baiklah, saya balik.. tapi lepas ni kita dah tak ada apa hubungan lagi. Kau bukan lagi ayah aku.!!!” jerit Amin.



V

 

Ruang lobi hospital pada waktu lawatan memang sentiasa sibuk. Orang ramai, kakitangan hospital, jururawat dan para doktor berpusu-pusu menuju ke pelbagai arah.

 

Amin berlegar-legar di lobi hospital. Telah lebih dari satu jam dia berada di situ. Berat hatinya untuk melangkah naik ke wad yang berada di tingkat lima hospital itu. Perasaannya masih berbelah bagi. Sudah tiga bulan ayahnya diawat di hospital itu, tidak sekali pun dia datang melawat. Sudah berkali-kali adiknya Yati menyampaikan permintaan ayah untuk berjumpa. Bukan tiada rasa kasihan dan sayang pada ayahnya yang sedang terlantar sakit, tapi rasa marah itu yang menghalang.

 

Kadang-kadang dia menyembunyikan diri bila terlihat rakan-rakan sekerja ayahnya yang datang melawat. Sengaja dia menyembunyikan diri untuk mengelak dari ditanya tentang ayahnya.

 

“Biarlah mereka mengata apa sahaja tentang aku. Biarlah mereka menuduh aku sebagai anak yang tak mengenang budi. Biarlah mereka menuduh aku sebagai anak yang derhaka, aku tetap terima. Mereka tak pernah tahu penderitaan yang aku tanggung selama ini. Mereka tak tahu penghinaan yang aku terima selama ini. Mereka tak tahu. Mereka tak pernah ambil tahu. Mereka tak pernah bertanya. Jadi biarlah apa yang nak mereka kata sekali pun, aku tak peduli!“ bisik hatinya.

 

Bukan tiada keinginan untuk melihat ayahnya. Keinginan itu tetap bersilih ganti, kerana itu dia jejak juga kaki ke hospital ini beberapa kali. Namun untuk menjenguk ayahnya, dia belum ada kekuatan menentang amarah dan egonya sendiri. Segalanya bagai badai ganas mengulung dan menghempas pantai hatinya.

 

Semudah itukah dia memaafkan ayahnya? Bagaimana pula dengan penderitaan dan penghinaan yang dialaminya selama ini. Bagaimanakah dia harus memikirkan perasaan ayahnya saat ini, sedangkan selama ini ayah tidak pernah memikirkan hati dan perasaannya.

 

Bersambung…

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kalau Yati boleh kenapa Amin tak boleh?

    Ayah tetap ayah..walau macam mana pun dia.. =)
  • 2) wow abang shamsul. ini memang publishing punya material. penceritaan yang kemas, plotting yg teratur. alamak, memang berpengalaman ah. ejaan je ada 2 3 yg boleh betul, but tu bukan problem at all.

    kemon abg shamsul
    mari sambungkan cerita dan beri kami ending yang surprise atau menyentuh hati!


  • 3) abang shamsul? owh bkn bang penyu dah...heee
    saya suke cerita ni, best :)
  • 4) wa....mengharukan....owh...name abg penyu rupenye abg shamsul yer:p

    suke citer nih...!!!
  • 5) jelas la kau cerita... best best...

    bila nak sambung, nak tau camna ayah dia bleh jadi maknyah ni....
  • 6) betul, bile nak sambung ni? tulisan yg tisak melayukan mata blu pagi2 buta nie.. :P
  • 7) cerpen ketiga: best.

Cerpen-cerpen lain nukilan Upenyu

Read all stories by Upenyu