Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 4)
( ..August, 2002 )
"Hello
cik Kiah.."
Suara
itu memang sudah tidak asing lagi bagiku. Memang dinanti-nantikan hampir setiap
malam.
"Hehehe..
Hello kamu.. Apa cerita menarik hari ni?" Aku mencari kedudukan paling selesa
dikatil. Sebiji bantal kupeluk rapat di dada. Nina, roommate yang sudah 2 bulan
duduk sebilik denganku sudah memberikan senyuman penuh makna. Dia tau semua
tentang Roslan.
"Cerita
menarik takde, menolak adala.. Tadi kami shopping dengan ibu, kene tolak
troli.."
Aku
tergelak. Roslan ni banyak betul idea nak buat aku gelak. Memang sangat-sangat
terhibur kalau dia telefon. Dia periang. Penuh dengan idea-idea ceria. Sesekali
manja. Bukan manja dengan aku, tapi dia ni sangatlah ‘anak ibu'. Dari
cerita-ceritanya, mesti ada terselit cerita tentang ibunya. Aku selesa berborak
berjam-jam ditelefon dengannya. Selalunya aku cuma diam, menghayati petikan
gitarnya dihujung talian.
"Harini
kamu nak main lagu apa untuk kami?" Aku mula merebahkan diri diatas katil.
Sudah jadi macam rutin pula, sebelum tidur Roslan akan menghiburkan aku dengan
lagunya.
"Harini
special sket tau. Kamu tau, kami ni kan.. tak pandai nak susun ayat
bunga-bunga. Jadi kami luahkan semua isi hati kami dengan lagu-lagu kami. Kami
nak dedicatekan lagu ni khas untuk kamu. Kamu dengar baik-baik ek?"
Ayat
dia tiba-tiba mendatar, bernada serious. Ni pertama kali dia bercakap dengan aku
menggunakan nada sebegitu. Aku dapat rasakan, tiba-tiba saja ada debaran kuat
di dadaku.
Tali
gitar mula dipetik dihujung talian. Aku memejamkan mata sambil cuba mengawal
debar dihati.
"..Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilakah harus kumemendam rasa
Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari
Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna
Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi.."
Senyap.
Sunyi sepi seketika selepas lagu
habis dimainkan. Lidah aku tiba-tiba kelu. Tak tau apa ayat yang terbaik untuk
kususun. Roslan juga senyap.
"Hello.. Kamu masih ada kat sana?"
Akhirnya selepas hampir 5 minit kami menyepi, Roslan cuba memecahkan kebisuan
yang melanda.
"Ada.. Kami ada ni.." Aku
menjawab sambil cuba mengawal gementar pada nada suaraku.
"Dah lewat ni.. Kamu tidur dulu
ye? Esok ada kelas pagi kan?" Roslan sudah hafal benar dengan jadual waktu kelasku.
"Ok.." Aku membalas sepatah.
"Kamu.."
"..erm?.."
"Kami harap kamu faham lagu kami
tadi tu."
"..erm.." Aku angguk. Lupa yang
dia tak nampak anggukanku itu dari hujung talian.
"Kamu?"
"..ye?.."
"Kami telefon kamu lagi esok
malam ye?" Ada bunga-bunga harapan kudengar dari nada suaranya.
"Ok.."
"Bye.. Good nite. Sweetdreams.."
"Bye.."
Talian diputuskan. Aku
menyelitkan Nokia kesayangan dibawah bantal. Lampu bilik sudah lama dipadamkan.
Nina dikatil sebelah kelihatan lena dibuai mimpi.
Mataku yang masih belum mengantuk
ini terkebil-kebil dalam kegelapan bilik. Otakku ligat memutar kembali masa..
.........................................................................
(Flashback..Disember, 2000)
"Kau
nangis ke malam tadi? Mata kau bengkak.."
"Taklah..
Aku tido lambat." Aku membetulkan kedudukan cermin mata berbingkai pink ku.
"Kenapa
pakai spect harini? Bukanke selalunya kalau keluar macam ni kau pakai contact lens?
Bangun lambat pagi tadi sampai tak sempat pakai?" Mimi menghujaniku dengan
soalan.
Aku
memalingkan muka ke arah lain. Tak sanggup nak memandang muka Mimi.
"Jangan
la nak sorok-sorok dari aku. Kau gaduh dengan Zaki?"
Geleng.
"Adik
angkat Zaki yang menggedik tu kacau kau lagi?"
Geleng
lagi.
"Habis
tu?"
"Kitorang
dah break.." Aku menjawab, lemah.
"Hah??!!
Korang bukan ke baru je 3 bulan couple?? Kenapa?" Mimi benar-benar terkejut.
"..ntah.."
Jawabku ringkas. Ternyata tidak memuaskan hati Mimi langsung dengan jawapan
seringkas itu.
Aku
baru saja kenal Zaki. Hubungan kami pun baru saja masuk 3 bulan lebih. Bahagia.
Sangat-sangat bahagia dengannya. Kami tak pernah bergaduh. Cuma sesekali saja
ada orang ketiga cuba menggugat kebahagiaan kami. Tapi Zaki bijak mengawal
keadaan. Aku akui, aku sering rasa tergugat kerana Zaki padaku adalah satu
mahkluk ciptaan Allah yang hampir sempurna kejadiannya. Tinggi lampai. Bentuk
badan sempurna umpama model-model dimajalah. Rambut sentiasa kemas bergaya.
Senyum manis yang mampu melunturkan hati setiap gadis yang memandangnya.
Sampaikan setiap kali aku berjalan dengannya, pasti ada mata-mata gadis yang
memandangku penuh cemburu.
"Kau
ni.. player la. Zaki ni boyfriend kau yang ke berapa ha? Yang ke 7? 8?? Dia tu
handsome doh.. Kau tanak bagi kat aku je.." Mimi cuba membuat lawak yang padaku
tak berapa nak menghiburkan.
"Aku
bukan player la.. Dah takde jodoh, nak buat macam mana?"
"..then..
kalau kau bukan player.. Apasal aku tengok kau asik tukar-tukar boyfriend je?
Start dari Form 2 lagi kalau tak silap aku, ko dah ada boyfriend. Pastu ko
pasang 2 orang. Pastu ko break 2-2, couple lagi dengan orang lain. Dok
tukar-tukar sampai sekarang.. Bagi komen sket.."
"Ala..
Bukan aku suka tukar-tukar boyfriend ni.. Takde yang serasi kot.." Aku cuba
membela diri.
"Kau ni
kan.. Aku nampak kau macam tak boleh hidup tanpa lelaki. Paling lama ko single
brapa lama? Sehari? 2 hari??"
"Sebulan
ok??" Aku membetulkan ayat Mimi. Tiba-tiba aku terkedu dengan jawapan aku
sendiri.
"Tengok
tu.. sebulan je. Lepas tu kau couple lagi.. break. Couple, then break.."
Aku
terdiam. Kalah dengan debat hangat antara aku dan Mimi.
"Ok..ok..
Kau menang. Tapi kau silap 1 benda. Aku boleh je hidup tanpa lelaki. Aku boleh
buktikan kat kau aku tak bergantung hidup sepenuhnya dengan lelaki!"
"Boleh
ke kau? Nanti bulan depan aku nampak kau ada boyfriend lain dah.."
"Tak..
kali ni aku serious. Kita bet.. 2 tahun! Ok.. 2 tahun, kalau dalam tempoh tu
aku ada boyfriend, aku kalah." Tiba-tiba rasa macam ada api berkobar-kobar
sedang memarak dijiwaku.
"No
hal.. 2 tahun ok?? Kau kalah belanja aku Pizza.. Lama dah tak makan free ni. Hehe.."
"Ok..
Kita tengok siapa yang kalah nanti.."
..............................................................
Bagiku
itu bukan sekadar mainan. Ada sesuatu yang penting yang perlu aku buktikan pada
Mimi.. dan pada diriku juga. Aku bukan jenis manusia yang sering lupa pada
janji. Aku bukan gadis lemah yang yang terlalu bergantung kepada insan bernama
lelaki. Buktinya semakin jelas kini.. Sudah hampir tamat pun tempoh 2 tahun
yang dijanjikan dulu..
Aku
lahir tanpa sempat merasai hangat kasih seorang ayah. Aku tak pernah merasa ada
tangan kasar yang membelai rambutku atau membantu membangunkanku dari jatuh.
Aku ingin rasa ada tubuh sasa yang melindungi aku dari bahaya.
Pengalaman
pertama disayangi lelaki benar-benar mengubah hidupku. Aku jadi ketagih. Aku
sentiasa inginkan perhatian. Mungkin itu penyebab utama kenapa aku sentiasa
perlukan lelaki untuk disayangi. Tapi mungkin nasib kurang menyebelahiku.
Hubungan aku dengan lelaki tak pernah kekal lama.
Roslan..
Mungkinkah
akan terjadi?
.....
aku kurang pasti....
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) uhum. konflik hati. hehe.
kemon. kan dah biasa couple break. haha. selamba la terima. selambaaaa :D bkn soh kaweennnn :p baru nak bertaaruf lebih dekat je :p
kerana kekurangan kasih ayah, maka ketagih kasih bf. hmmmmmmmmm.
komen yang lain bagaimana?
penceritaan and jalan cerita berkembang baik kali ni :)
good work!- cahatomic
- 15 years ago
-
2) yep..konflik hati tak tak seberapa complicated. dah biasa couple break buat org tu lg berjaga2 dlm hubungan. serik maybe??
Ketagih kasih BF..hurmm..try tanya hal ni kat anak2 yatim..maybe sket sebanyak ada yg setuju (1 vote dari saya)
tengs!- pinkyunki
- 15 years ago
-
3) hehe..*sengih*
er..jue! nape wat cite syud ni? hahaha..err..tp i xtuko2 bf eh.. susah woo bercinta.. psl ketagih kasih tu...bg syud, kt ley je idup w/out boy n so do boy.. cuma yela..klo ade bf/gf ni..papehal ble ngade2..
ahaks~~~ ;p- syud
- 15 years ago
-
4) jue?siapa jue ni syud? hehe..
- pinkyunki
- 15 years ago